Tahniah Anwar bersolidariti bersama Syed Saddiq, gambaran pemimpin muda masa depan

Tahniah Anwar bersolidariti bersama Syed Saddiq, gambaran pemimpin muda masa depan

1- Aku ucap tahniah Ds Anwar Ibrahim segera mempertahankan Syed Saddiq dan mendakwa dakwaan ini adalah bermotif Politik menjelang pembukaan Parlimen.. Begitu juga Gobind yang pantas membela Syed Saddiq di Mahkamah..

2- Dah Tahniah Syed Saddiq atas keberanian melawan dan tidak tunduk tekanan sebuah Kerajaan yang terdesak mempertahankan kegagalan mereka.. Tidak seperti beberapa pemimpin PKR yang tunduk dan akhirnya menyokong Kerajaan gagal Perikatan Nasional..

3- Bagi aku Syed Saddiq watak yang sesuai mengetuai Pemuda PH biarpun Muda bukan lah sebahagian dari PH..Sudah pasti kebimbangan Kerajaan bila Syed Saddiq hari ini banyak mempengaruhi ramai dari kalangan anak muda terutama di medan maya terutama Twitter.. apa yang cuba dilakukan adalah pembunuhan karakter..

4- Apa yang dilakukan Ds Anwar ,itulah dilakukan Karpal Singh, DAP dan Pemimpin PAS dalam Amanah hari ini ketika membela Ds Anwar suatu ketika dulu yang dikenakan pertuduhan bermotif Politik.. Bagi aku pendakwaan ini bermotif Politik.. Cubaan membunuh Karakter pemimpin Pembangkang setelah gagal dengan pelbagai ugutan dan tekanan sebagaimana pertuduhan yang dikenakan keatas Lim Guan Eng..

5- Tapi malangnya, Ketika Ds Anwar bertindak tepat, ada sahabat PH bersorak gembiran hanya kerana dia dilihat pro Tun Mahathir.. begitulah dangkalnya mereka.. Ada juga kalangan sahabat menyamakan Syed Saddiq sebagai Kluster Mahkamah.. sedangkan ia jauh berbeza..

6- Sebelum ini ada sahabat kata, Jika Tg Adnan sudah dibebaskan Mahkamah, dia bukan kluster Mahkamah lagi.. Naratif yg sama dibuat Najib razak..maka boleh lah masuk Pejuang, Ini kadang kadang ada sahabat tidak faham..

7- Kebenaran itu bukan dinilai kepada pendakwaan atau sabitan, tetapi kebenaran.. Jika itu ukurannya, Kita juga tak bersama dengan Ds Anwar dan Lim Guan Eng, Mereka ada rekod disabitkan oleh Mahkamah.. aku menilai kepada fakta perbicaraan bukan naratif pendakwaan, sama seperti kes Adib, Aku berbeza dengan sahabat yg lain biarpun Koroner berpandangan sebaliknya..Sebab Apa ? sebab aku melihat kepda fakta kes..

8- Jelas dalam kes Saddiq ia tak melibatkan Transaksi dari pihak ketiga pun seperti kes Tg Adnan dan Najib Razak..dalam kes Najib razak jelas dibuktikan aliran Tunai duit yang berpunca dari dana awam KWAP ke akaun peribadi.. bukan saja aliran, Perbelanjaannya pun dibuktikan..

9- dalam kes Tg Adnan jelas Tg Adnan mengakui menerima RM 2 Juta dari tauke Hartanah yang ada kepentingan dengan DBKL ke akaun Syarikatnya Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB).. Yang bezanya, Mahkamah Tinggi percaya ianya satu bentuk rasuah, dan Mahkamah Rayuan mempercayai ia hanya sumbangan untuk UMNO seperti didakwa Tg Adnan.. dan aku lebih mempercayai teks dan alasan penghakiman Mahkamah tinggi..

10- Masalah ramai dari sahabat PH sendiri jenis malas membaca, Komen dibuat hanya atas faktor kebencian dan Kecenderungan Politik seperti penyokong PAS.. Bukan kali pertama musuh Politik ditekan dengan Pendakwaan seperti ini, Suatu masa dulu UMNO pernah jaja dakwaan Penolong Gabenor Bank Negara datuk Murad kepada Ds Anwar..

11- Begitu juga pendakwaan salah laku Ds Anwar pada tahun 1999 kononnya menggunakan pengaruhnya mempengaruhi pegawai tinggi Polis dalam kesnya, dan Ds Anwar disabitkan bersalah… Biarpun pendakwaan itu berlaku zaman Tun Mahathir dan regim UMNO, Aku menganggapnya ianya satu pendakwaan Politik..

12- sama seperti Ds Anwar…Begitu juga Syed Saddiq dan Lim Gaun Eng, Bila tidak ada bukti salah laku rasuah, atau ada transaksi masuk ke akaun peribadi mereka, Maka cubaan sabitkan mereka dengan dakwaan salah laku biarpun tidak melibatkan pihak ketiga seperti kes Najib Razak dan Tg Adnan…

13- Itu sebab aku orang yang menilai sesuatu dari sudut fakta kes, Bukan atas kecenderungan Politik , dan aku kekal berpandangan seperti ds Anwar, Ini adalah pendakwaan bermotif Politik.. 😉

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4377952042226552/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS