Isu Ebit-Nadir: PU Rahmat tegaskan bathil tak mungkin bercampur dengan kebenaran

Isu Ebit-Nadir: PU Rahmat tegaskan bathil tak mungkin bercampur dengan kebenaran

Saya paham rakan-rakan meminta pendamaian apatah lagi rakan-rakan yang mengaji agama yang bersungguh-sungguh meminta saya menyeru penyatuan.

Pertama, Pastilah saya sukakan kedamaian, cuba rujuk posting saya seminggu lepas di Page Rahmat Ikhsan . Sayalah yang menyeru mendamaikan kesemua pihak. Tak percaya ? pergilah ziarah page rasmi saya itu.

Kedua , jika mengikut sejarah , sepatutnya sayalah paling awal hentam Caprice kerana Caprice pernah cari gaduh dengan saya dan nak saman saya tapi agama ajar saya berlaku adil. Kesalahan silam Caprice tidak boleh membuat saya kabur dalam menilai apa yang dia ingin sampaikan.

Ok paham sampai sini dulu ?

Jadi berusahalah saya seminggu yang lalu mendamaikan banyak pihak tetapi gagal. Saya pun pelik kenapa gagal sedangkan sepatutnya benda yang mudah. Sama-sama nak kebaikan, sama-sama nak Gaza bebas. Sama-sama nak Allah sayang.

Tiba-tiba nama saya dipetik dan difitnah dalam sebuah live dan bermulalah secara langsung penglibatan saya dimata banyak pihak.

Apabila nama saya dipetik , maka datanglah pembawa mesej kebenaran kepada saya .

Apa yang Caprice sebut sebagai “kebenaran” yang dia ketahui telah saya pula ketahui. Apa kebenaran yang saya dan Caprice tahu ?

Kebenaran yang pahit , sakit , mual tetapi perlu ditegakkan.

Jangan risau , saya tidak akan jadi seperti Caprice yang tergesa-gesa memberitahu segalanya.

Semuanya ada masa yang tepat , gelanggang yang tepat dan kaedah yang tepat.

Tunggu sajalah segalanya , Jika Allah mengizinkan maka akan tersingkaplah.

Jika tidak Allah izinkan , maka aku telan kebenaran ini hingga hujung usia.

Dengan Nama Allah dari mula hingga akhir.

Selama-lamanya , Kebathilan tidak mungkin bercampur dengan Kebenaran.

Selama-lamanya.

 

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4380423538739844&id=100003167236106

CATEGORIES

COMMENTS