Panas! Wanita ini geram PN derhaka terhadap Agong

Panas! Wanita ini geram PN derhaka terhadap Agong

KERAJAAN BETA

This takes the cake! And shouldn’t be tolerated.

1. Baris kedua Rukunegara selepas “Kepercayaan kepada Tuhan” ialah “Kesetiaan kepada RAJA dan Negara”.

2. Sistem kita ialah sistem “RAJA Berpelembagaan”.

3. Kerajaan itu sendiri kata dasarnya adalah “RAJA”.

4. Bagi penjawat awam, penutup surat daripada Kerajaan ialah “Saya yang menurut perintah” dan “Saya yang menjalankan amanah”. Merujuk kepada perintah dan amanah Raja. Sebab itu kepala surat rasmi Kerajaan tertera “Urusan Seri Paduka Baginda”.

5. Selama ini kita didoktrinkan kena taat dan patuh kepada Kerajaan. Makanya ramai yang tak tahu bezakan antara KERAJAAN dan NEGARA. Hasilnya, kita dapat pentaksub zombie yang sokong Kerajaan buta tuli. Tak kisah apa jadi pada Negara.

6. Hari ini Agong dah mula murka. 15 bulan PN memerintah, bukan sahaja Negara mereka membelakangkan demi kuasa, Agong pun mereka langgar dan derhaka.

7. Apa lagi spin yang JKOM nak buat. Nak salahkan DAP, DAP bukan Kerajaan. Nak salahkan Agong kononnya Baginda tak reti menilai? Jangan jatuhkan Daulat Baginda dengan menghina sebegitu. Macam Baginda tiada mata dan telinga.

8. Sibuk dulu memekik melolong nak kan Kerajaan Melayu Islam, meratib “Daulat Tuanku” merata2. Rupanya lepas dapat kuasa, daulatnya dijaja. Jelas, hipokrit dan munafik.

9. Bagi kita rakyat, perlu sedar dan kembali kepada prinsip asas Rukunegara. Setia kita bukan pada Kerajaan tetapi kepada RAJA dan NEGARA. Jangan lagi kita dimomokkan dengan doktrin yang salah, sampai menjahanamkan anak bangsa.

10. Kerajaan ini ternyata GAGAL. Kembalikanlah kepada Baginda. Ingat lah amanat Baginda dari awal “Kerajaan ini, Kerajaan Beta”…

#PNderhaka
#merekasemakinberani

Sumber: https://www.facebook.com/100045124192657/posts/360008565513280/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS