Syarikat I5R43L pulang semula duit 1MDB bernilai RM7.1 juta

Syarikat I5R43L pulang semula duit 1MDB bernilai RM7.1 juta

Bekas Pengarah Urusan Apco Worldwide Malaysia, Paul Geoffrey Stadlen bersetuju memulangkan wang berjumlah RM7.1 juta yang dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira bahawa jumlah berkenaan adalah wajar untuk dilucuthak.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa berdasarkan persetujuan Jabatan Peguam Negara, satu penyelesaian telah dipersetujui melibatkan Paul Geoffrey Stadlen yang telah dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Beliau telah bersetuju untuk melepaskan secara rela hati keseluruhan wang berjumlah RM7,192,873.84 dan wang tersebut akan dipindahkan ke akaun amanah 1MDB,” katanya.

SPRM berkata, sehubungan itu kes terhadap lelaki warga Britain berkenaan ditarik balik.

Sebelum ini, pertuduhan terhadap Paul dibuat tanpa kehadirannya pada 20 Februari 2019.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/30/paul-stadlen-pulangkan-rm7-1-juta-wang-1mdb/

CATEGORIES

COMMENTS