AMANAH Kawasan Lumut lapor polis isu penderhakaan menteri PN terhadap Agong

AMANAH Kawasan Lumut lapor polis isu penderhakaan menteri PN terhadap Agong

Dipagi Jumaat yang mulia ini, Saya bersama beberapa aktivis parti telah hadir ke balai polis dan membuat report polis bagi melindungi negara yang terbina diatas semangat untuk mempertahankan sistem demokrasi berpelembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Inilah satu-satunya negara kita, sebarang kerosakkan dalam sistem tersebut akan menjejaskan kedaulatan negara kita.

Semangat cintakan negara mesti ditunjukkan dengan perbuatan membenci pencabulan kepada sistem yang telah kita terima pakai secara bersama.

Hari ini kami telah menyatakan sikap kami dan bersetuju bahawa YDPA menurut warkah baginda telah berasa amat dukacita terhadap kerajaan PN. Kami turut berdukacita.

Sumber: https://www.facebook.com/1623082327977075/posts/3004787733139854/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS