Panas! Pas berubah menjadi parti oportunis sejak dapat kuasa

Panas! Pas berubah menjadi parti oportunis sejak dapat kuasa

PAS telah berubah daripada sebuah parti idealis menjadi parti oportunis sejak mendapat kuasa, dan dengan itu berisiko kehilangan sokongan, menurut seorang ahli akademik.

Mohd Azizuddin Sani daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, beliau yakin pemimpin PAS akan menyokong sesiapa sahaja yang mereka rasa akan kekal berkuasa dan sekarang akan terus menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekalipun kemelut berhubung pembatalan Ordinan Darurat menimbulkan kegelisahan di peringkat akar umbi.

“PAS juga berkemungkinan akan menyokong Bersatu sehingga parti itu tidak lagi dapat memenuhi matlamatnya untuk memegang kuasa,” katanya kepada FMT.

“Jika Umno menjadi lebih kuat, PAS mungkin akan beralih menyokongnya pula.”

Beliau juga berkata, Ahli Parlimen PAS boleh kehilangan sokongan pengundi kerana kemungkinan ramai ahli akar umbi terkejut dengan tindakan pemimpinnya yang dianggap menentang Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merujuk kepada kenyataan Istana Negara pada Khamis bahawa kerajaan tidak mendapat perkenan Agong untuk membatalkan Ordinan Darurat.

Pemimpin PAS Takiyuddin Hassan, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), mengejutkan Dewan Rakyat pada Isnin dengan memberitahu bahawa Ordinan Darurat telah dibatalkan sejak 21 Julai.

Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin PAS lain mempertahankan beliau dengan ada yang berkata, Takiyuddin hanya mengikut arahan Perdana Menteri.

Azizuddin berkata, para pemimpin parti sekarang harus menjelaskan perkara itu kepada akar umbi untuk mendapatkan kembali sokongan, tetapi tindakan yang diambil bertentangan dengan titah Agong akan memberi kesan buruk kepada PAS.

Katanya, para pemimpin PAS sepatutnya menjangkakan reaksi negatif daripada akar umbi jika mereka terus menyokong Bersatu dalam pertikaian dengan Agong.

Azizuddin juga berkata, sudah ada bukti bahawa PAS kini semakin lemah.

Di Kedah dan Terengganu, katanya, timbul perpecahan di peringkat akar umbi antara mereka yang mahukan pemimpin mereka melaksanakan undang-undang hudud dan pihak yang menentangnya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/31/akibat-tamak-kuasa-pas-berisiko-hilang-sokongan-kata-penganalisis/

CATEGORIES

COMMENTS