Apakah tidak mustahil PM interim dari Umno?

Apakah tidak mustahil PM interim dari Umno?

1- Sebelum ini ada yang kata, Jika Mahiaddin letak jawatan, Dari sudut Undang Undang Mustahil UMNO kekal berkuasa, Kabinet akan terbubar.., Kalau nak kira mustahil dalam Politik, Perlantikan Mahiaddin sebagai PM pun dilihat agak mustahil dari sudut Undang Undang..

2- Sejarah perlantikan Mahiaddin sebenarnya bukanlah dibawah takrif perlembagaan, Yakni seorang calon yang pada Hemat baginda yg yang mendapat sokongan Majoriti Ahli dewan Rakyat, dan Mahaiddin tak pernah membuktikan sokongannya di Parlimen untuk absahkan perlantikannya.. Namun kesilapan PH ketika tu membuka ruang untuk Mahiaddin dilantik..

3- Sebabnya Mahaiddin dipilih hanya dari akuan dan sokongan Presiden Parti, masa dalam kekecohan pada 26 Feb 2021, Najib berjaya mengalihkan sokongan GPS dari menyokong Tun Mahathir pada hari sebelumnya kepada Mahaiddin..Itu sebab aku kata Najib ini licik, sudah pasti keputusan UMNO kali ini persediaan sudah dilakukan UMNO.. Pengakuan Najib yang &^%& meminta UMNO sokong Mahiaddin bagi aku harus diberi perhatian..

4- Itu sebabnya Tun Mahathir tidak pernah menyangka pada 29 Febuari 2020, perlantikan Mahiaddin itu boleh berlaku bilamana dia telah Memohon satu sidang Khas Parlimen bagi memilih PM.. Tiba tiba surat istana keluar memperkenankan Perlantikan Mahiaddin biarpun ada kalangan MP Bersatu sendiri tidak menyokong Mahiaddin…

5- Masa itu pun PH ada melakukan kesilapan, Pertama setelah Tun Mahathir dapat perkenan Agong untuk mohon sidang parlimen Khas pada 2 Mac 2020, Tetapi permohonan Tun Mahathir untuk adakan sidang Khas memilih PM ditolak Speaker yang pro PH dan Pemimpin PH sendiri.. Masa tu apa kata pemimpin PH ? Kami serah kepada Kebijaksanaan Tuanku Agong, dan mereka mengkritik tindakan Tun M memohon satu sidang Khas Parlimen..

6- Kalau ikutkan Undang Undang, Kalau PM dipilih berdasarkan takrif Minoriti Gov pun, Yang layak untuk dipilih adalah Presiden PH bukan Mahiaddin..Sebab didalam gabungan Politik hari ini hanya gabungan PH yang Solid dan Kukuh dengan 90 Ahli Parlimen.., Apapun kita kena akur dengan realiti Politik di Malaysia..ia tak semudah difantasikan..

7- Dan kali ini aku nasihatkan, Tiba masanya Pemimpin PH elaklah guna sentimen Derhaka atau mengatakan meletakkan kebijaksanaan Tuanku YDP Agong atau Istana.. ini masanya untuk pemimpin PH angkat Institusi Parlimen.. disinilah tempat yang tepat memilih seorang PM bilamana tidak ada satu gabungan pun yang pada takrif ” Pada hemat Baginda” mendapat kepercayaan majoriti Ahli dewan Rakyat..Hapuskan Budaya SD pintu Belakang..

8- Aku jenis yang tidak mempercayai Kayangan UMNO.. Jadi tiba masanya Pemimpin PH dan Gabungan Pembangkang yang punya Prinsip bersama ,Bersatu bersama membina sebuah Kerajaan Perpaduan yang kukuh bagi menghadapi gelombang Pandemik Covid-19 dan Ekonomi demi membina semula Negara dan Menyelamatkan Rakyat..ketepikan matlamat politik peribadi dan Parti..

9- Kita bukan saja berhadapan dengan Pandemik, tetapi Gelombang kemelesetan Ekonomi..Apapun, Bersatu lah semua Pemimpin PH dan Pembangkang menubuhkan sebuah Kerajaan perpaduan yang kukuh, Bersama membina semula Negara.. Selamatkan Negara dan Rakyat !

Ipohmali

Sumber: https://www.facebook.com/100000353970691/posts/4413025578719198/?d=n

CATEGORIES

COMMENTS