Umno Melaka desak menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan segera!

Umno Melaka desak menteri dan timbalan menteri Umno letak jawatan segera!

Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka menyokong penuh ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bersidang semalam.

Dalam satu kenyataannya hari ini, UMNO Negeri Melaka mengambil pendirian teguh berpihak kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sesuai dengan Fasal 3.3 iaitu mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri dan Raja Berperlembagaan.

“Sehubungan itu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka mengesa Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi-Pengerusi GLC (syarikat berkaitan kerajaan) mematuhi ketetapan parti dengan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin selaku Perdana Menteri Malaysia.

“Sebagaimana yang diputuskan oleh MKT dan Perhimpunan Agung UMNO 2020,” kata kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, semalam selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Sumber: https://umno-online.my/2021/08/04/ahli-parlimen-umno-yang-dilantik-menteri-timbalan-menteri-dan-pengerusi-glc-perlu-patuhi-ketetapan-parti-umno-melaka/

CATEGORIES

COMMENTS