Zahid beri bayangan ada wakil rakyat Umno akan jadi katak

Zahid beri bayangan ada wakil rakyat Umno akan jadi katak

Dalam tempoh beberapa minggu ini rakyat akan melihat sama ada tragedi ‘katak melompat’ berulang.

Iaitu tragedi hitam yang melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018.

Kena tahu sifat ‘katak” bukan saja-saja melompat. Sama ada cari habuan atau mahu menyelamatkan diri.

Sebab itu kita minta usul undi percaya atau tidak percaya di Dewan Rakyat disegerakan.

Sebelum ada lagi yang terperangkap, terpedaya atau terpesona sanggup menjadi ‘katak’.

Namun ingat rakyat sedang menilai jika ada wakil rakyat yang menjadi ‘katak’ seterusnya.

Rakyat tahu apa perlu dilakukan ke atas ‘katak-katak’ ini apabila tiba masa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

ZAHID HAMIDI

#kataklompat
#usultidakpercaya
#jagaintegriti

CATEGORIES

COMMENTS