Sidang media kem Ismail Sabri sahkan Muhyiddin tidak ada majoriti

Sidang media kem Ismail Sabri sahkan Muhyiddin tidak ada majoriti

Seramai 31 ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) hari ini mengambil pendirian untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 21 ahli Parlimen yang hadir di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan PN harus diteruskan sehingga satu usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibuat pada September depan.

“Kami ahli-ahli Parlimen menjunjung kasih dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu memperkenankan supaya kerajaan PN teruskan pentadbiran dan akan menentukan keabsahan di Parlimen.

“Yang di-Pertuan Agong juga bersetuju dan perkenan supaya satu usul undi Perdana dibentangkan di Parlimen,” katanya dalam sidang media tergempar hari ini.

Sidang media itu sebagai respon hasil pertemuan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN ekoran keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang menarik diri dari kerajaan PN dan mahu Muhyiddin meletakkan jawatan seperti kenyataan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Sumber: https://malaysiagazette.com/2021/08/06/31-ahli-parlimen-umno-bn-kekal-sokong-kerajaan-pn-ismail-sabri/?amp

CATEGORIES

COMMENTS