Terkini! Noh Omar, Azeez Rahim berpaling tadah, bersama dengan kem Ismail Sabri

Terkini! Noh Omar, Azeez Rahim berpaling tadah, bersama dengan kem Ismail Sabri

Sembilan belas Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional tampil di hadapan media hari ini, pada satu sidang media yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sidang media itu diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang diapit Presiden MCA, Wee Ka Siong, dan Timbalan Presiden MIC, M Saravanan.

Ismail mendakwa selain beliau dan 18 Ahli Parlimen berkenaan, ada 12 lagi wakil rakyat BN yang masih menyokong kerajaan PN namun tidak dapat menyertai sidang media hari ini.

Beliau bertegas tidak akan meletak jawatannya dalam kerajaan. Ismail juga mendakwa begitu juga Khairy Jamaluddin, Adham Baba, Hishamuddin Hussein, dan Annuar Musa.

Sementara itu, satu senarai dikatakan mengandungi nama Ahli Parlimen BN turut ditunjukkan kepada media.

Nama yang berserta tandatangan seperti berikut:

1. Mahdzir Khalid (Padang Terap)
2. Shahidan Kassim (Arau)
3. Idris Jusoh (Besut)
4. Noh Omar (Tanjong Karang)
5. Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
6. Hasan Arifin (Rompin)
7. Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling)
8. Ismail Sabri Yaakob (Bera)
9. Annuar Musa (Ketereh)
10. Halimah Mohammad Saddique (Kota Tinggi)
11. Ismail Mohamed Said (Kuala Krau)
12. Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
13. Ismail Abd Muttalib (Maran)
14. Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
15. Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar)
16. Ahmad Hamzah (Jasin)
17. Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
18. Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas)
19. Jalaluddin Alias (Jelebu)
20. Salim Sharif (Jempol)
21. Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
22. M Saravanan (Tapah)

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/06/31-ahli-parlimen-kekal-sokong-kerajaan-pn-kata-ismail/

CATEGORIES

COMMENTS