Terkini! Pejuang, Warisan sahkan hantar surat tolak Muhyiddin kepada Agong

Terkini! Pejuang, Warisan sahkan hantar surat tolak Muhyiddin kepada Agong

Pejuang dan Warisan mengesahkan telah menghantar surat akuan menolak Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong, petang semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah Husamudin dan Ketua Pemuda Warisan yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Azis Jamman.

Menurut Ulya, surat akuan daripada semua Ahli Parlimen telah dihantar kepada kepada Agong.

“Pejuang turut menghantar (surat akuan) tetapi dihantar secara berasingan. Ia adalah surat akuan yang mengatakan kami tidak sokong Muhyiddin,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Manakala Aziz pula mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di Twitter.

“Warisan juga mengesahkan perkara ini, sudah ditandatangani (surat) dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang mengulas laporan berita itu.

Semalam, media melaporkan mengenai tindakan pembangkang yang difahamkan telah menghantar surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menolak Perdana Menteri.

Menurut sumber dalaman blok pembangkang, surat akuan terbabit merangkumi semua 105 Ahli Parlimen daripada Pejuang, DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Dr Maszlee Malik (Bebas).

Dalam satu laporan berasingan, Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub yang mengesahkan perkara itu berkata, parti komponen gabungan berkenaan telah menghantar surat akuan masing-masing.

Manakala itu portal Umno Online semalam turut mendedahkan 13 surat akuan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin oleh Ahli Parlimen daripada parti itu yang telah dipersembahkan kepada Baginda pada 4 Ogos lalu.

Sumber | FMT

CATEGORIES

COMMENTS