Panas! Johari kata tak semestinya pembangkang jadi PM jika Muhyiddin hilang sokongan

Panas! Johari kata tak semestinya pembangkang jadi PM jika Muhyiddin hilang sokongan

Ketua Whip PKR, Johari Abdul berkata tidak semestinya Ahli Parlimen pembangkang akan dilantik sebagai perdana menteri sekiranya, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hilang sokongan di Dewan Rakyat pada September ini.

Beliau berkata ‘mungkin’ ada orang lain dalam perbincangan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang boleh memberikan keyakinan kepada Ahli Parlimen lain sebagai perdana menteri.

“Saya yakin sesiapa juga yang akan naik, tidak semestinya daripada pembangkang.

“Siapa pun yang naik fokus utama sekarang untuk memastikan bahawa isu pandemik dapat selesaikan secepat mungkin,” katanya memetik satu video dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, Muhyiddin seharusnya membawa usul undi percaya di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahannya sama ada mempunyai majoriti sokongan atau tidak.

Katanya, usul usul undi percaya itu pernah dilakukan zaman-zaman sebelum ini.

“Kita tengok perdana menteri membawa usul undi percaya untuk mendapatkan keabsahan bahawa mereka mendapat sokongan majoriti.

Johari juga berkata, cara lain menentukan sama ada Muhyiddin sudah tidak mempunyai sokongan dengan gabungan Ahli Parlimen yang lain, adalah dengan membuktikan melalui dokumentasi, surat-surat kepada speaker dan surat-surat yang ditulis kepada Agong.

“Sebab itu kita katakan, beliau hanya mempunyai 103 sokongan Ahli Parlimen. Bukti yang tersebar, grafik yang dibuat oleh pihak-pihak media menunjukkan pembangkang mempunyai 117 sokongan.

“Sudah tentu beliau (Muhyiddin) menyatakan bahawa itu spekulasi, tidak benar dan andaian,” katanya.

Sumber | FMT

CATEGORIES

COMMENTS