Ustaz Pro Pas tak mengaku cabul remaja lelaki

Ustaz Pro Pas tak mengaku cabul remaja lelaki

Seorang pengurus madrasah yang dikenali sebagai ‘Ustaz Budak’, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas hari ini, atas pertuduhan mencabul remaja lelaki berusia 13 tahun pada 3 Ogos lalu.

Syamsul Zaman Sukri, 33, didakwa dengan maksud seksual meraba remaja lelaki berusia 13 tahun di sebuah bilik tidur di Kampung Sat Tengah, Tanah Merah, jam 9.45 pagi 3 Ogos lalu.

Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat.

Prosiding itu dijalankan secara dalam talian berikutan tertuduh positif Covid-19, lapor Berita Harian.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Adha Amir Yasser Amri.

Terdahulu, Ahmad Adha memohon ikat jamin minimum dikenakan terhadap anak guamnya manakala Hajarul Falenna memohon tiada ikat jamin memandangkan mangsa adalah remaja.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy kemudian memutuskan untuk tidak menawarkan ikat jamin kepada tertuduh, sekali gus menetapkan 19 September depan bagi sebutan semula kes dan laporan perubatan mangsa.

Untuk rekod, pendakwaan hari ini adalah yang ke-13 membabitkan ‘Ustaz Budak’ berkaitan kes cabul.

Sumber | FMT

CATEGORIES

COMMENTS