
Panas! Cadangan Muhyiddin perlu dipertimbangkan, kata Ahli Parlimen Dap
Ketika saranan Perdana Menteri mendapat tentangan majoriti Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen Bangi pula melihat cadangan itu perlu dipertimbangkan.
Menerusi ciapan di Twitternya, Ong Kian Ming mencadangkan supaya semua parti politik duduk berbincang mengenai usul yang dicadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan cara menuju reformasi institusi yang dapat meninggalkan kesan berkekalan terhadap politik Malaysia jika ia diluluskan.
“Saya berpendapat bahawa semua parti politik harus duduk untuk berbincang sama ada usul ini boleh diterima atau tidak, bukan?” soalnya.
Muhyiddin dalam perutusan khasnya pada petang Jumaat memaklumkan akan berunding dengan kepimpinan parti pembangkang untuk membolehkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat diluluskan.
Katanya, muafakat itu dianjurkan bagi membolehkan kerajaan sedia ada terus berfungsi mengurus pandemik COVID-19 hingga ke satu masa yang sesuai.
Beliau juga memaklumkan, sedia mendengar pandangan pemimpin-pemimpin parti pembangkang berhubung cadangan yang beliau kemukakan.
Sekiranya cadangan kerjasama bipartisan dipersetujui, beliau akan memanggil sidang khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.
PM @MuhyiddinYassin has proposed a way fwd with a number of institutional reforms that could leave a lasting impact on Msian politics if passed. I think that all political parties should sit down to discuss if these terms are acceptable or not, no?
— Ong Kian Ming 🇲🇾 (@imokman) August 13, 2021
Sumber |Â AA