Kesan vaksinasi : Pandangan Noor Hisham tidak tepat, tak perlu tutup kegagalan kerajaan PN

Kesan vaksinasi : Pandangan Noor Hisham tidak tepat, tak perlu tutup kegagalan kerajaan PN

1- Sejak 2 minggu ini, Apa yang aku nampak, Ada usaha untuk mengolah persetujuan akan kejayaan Program Pemulihan Negara(PPN) kononnya Vaksinasi besar besaran berjaya menurunkan kes kononnya berdasarkan kes Bergejala.. Pada aku pandangan ini Tidak tepat… DG Noor Hisham berhentilah menutup KeGAGALan Kerajaan..

2- Lebih Jenaka lagi, Page parti PAS entah berkongsi kisah JKOM mana menunjukkan wad isolasi di HKL yang dah kosong kononnya ada lebihan mesin oksigen.. Begitulah terdesaknya menutup kelemahan mereka sendiri, Seakan sama Skrip mereka..Tahu tak di KL hari ini ada 56 Kematian, Ada 68 Kematian diluar Hospital, Depa ni tak sempat dirawat pun dah meninggal Dunia..

3- Sejak pertengah julai alasan dan Hujjah ini digunakan, Hari ini dikitar semula ole DG, Ukuran mereka, Kes ICU Tahap 3 dan 4 di Hospital sungai Buluh melibatkan warga tua..Sejak bulan lepas aku kata ukuran itu tidak tepat… Kalau buat penilai perlu ukur semua Data, Kes warga tua Menurun disebabkan PKPD dan larangan rentas Negeri..Jadi orang Tua kurang terdedah kepada wabak…

4- Mana tidaknya dari sudut kebolehjangkitan dan Kes Postif naik mendadak..Maka tidak ada satu pun alasan PPN ini Berjaya.. Lebih teruk selepas Program Vaksinasi besar besaran kes di ICU dan kematian naik mendadak.. Mana mungkin ke Bergejala kurang sedangkan brought-in-dead” (BID), Kematian luar hospital naik dari 10% kepada 30%..

5- Lebih teruk, Kadar Kematian pada bulan disember tahun lepas berada pada tahap 0.24 hingga 0.43 %, dan Bermulanya program vaksinasi, Tiba tiba Kematian melonjak naik, Dari 0.4% kepada 0.788 peratus diikuti 1.068 pada bulan Julai yang lepas, Apakah kita nak kata, Lagi banyak vaksin, Lagi ramai orang mati ? Lebih teruk mereka yang mati luar Hospital meningkat dari 10% kepada 30%..

6- Tidak.. Memang peranan Vaksinasi adalah bertujuan mengurangkan kematian dan Simptom kritikal dan bergejala, Itu aku akui.. Soalnya Strategi Vaksinasi Kerajaan Gagal sebab terlalu mengejar angka, Paling teruk Kerajaan gagal mempertingkatkan sistem Kesihatan dan Strategi kawalan..Disinilah KeGAGALan kerajaan..

7- Kenapa Kerajaan Gagal ? sebab Mereka anggap Vaksin sebagai Ubat.. Mereka berhabis untuk Vaksin tanpa Keutamaan dan Strategi yang Betul.. dan akhirnya ramai yang mati disebabkan kegagalan kawalan dan Lumpuhnya sistem Kesihatan… Bayangkan KL hari ini yang melepasi Vaksinasi lebih 100% dari Populasi dewasanya berlaku 56 kematian..

8- Semua Negara yang melaksanakan Vaksinasi, Yang berjaya disebabkan mereka berjaya membuat kawalan dan Strategi yang Betul..hatta Korea Selatan, Vietnam hatta New Zealand yang Vaksinasinya kurang dari kita jauh lebih baik.. Sebab apa ? Sebab Strategi mereka betul..

9- Di Negara seperti India dan Indonesia yang dilanda varian Delta, Selepas Lockdown tak sampai sebulan, Kes Menurun lebih 50%.. Manakala kita sudah lebih 3 Bulan Lockdown, Kes Melonjak 2 Kali ganda… Lebih teruk Kes Melonjak di luar lembah Klang.. Inilah buktinya Strategi dan kawalan kerajaan Gagal..

10- Jadi akuilah Kegagalan.. Tak perlu mencari dan mencipta alasan..Memang Kelemahan dan Kegagalan Kerajaan hari ini telah membunuh ramai orang.. Ramai yang Hilang orang kesayangan disebabkan kegagalan Kerajaan PN..

11- Apa lagi tunggu Mahaiddin, Letak lah jawatan..!

Ipohmali

Sumber | Facebook AMBB

CATEGORIES

COMMENTS