Panas! Peja bakal ganti Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu?

Panas! Peja bakal ganti Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu?

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat parti di kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.

Beliau berkata, satu kenyataan media berhubung perkara itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Kenderaan milik Ahmad Faizal dilihat keluar dari kediaman Muhyiddin pada jam 5.45 petang.

Selain itu, beberapa kenderaan dipercayai milik menteri turut dilihat tiba di kediaman Presiden Bersatu itu.

Antaranya adalah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber | SH

CATEGORIES

COMMENTS