Panas! Zahid dedah ada yang halalkan DAP untuk bina jajaran baru

Panas! Zahid dedah ada yang halalkan DAP untuk bina jajaran baru

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa DAP yang mempunyai 42 kerusi dalam Dewan Rakyat, kini diajak pihak tertentu untuk membentuk jajaran baharu dalam lanskap politik negara.

Tanpa menyebut pihak yang menawarkan jajaran baharu itu, Ahmad Zahid mendakwa, kumpulan itu kini menghalalkan apa mereka haramkan.

“Akhirnya mereka yang menawarkan jajaran baharu bersama DAP. Hilang terus dalil ummah dan musuh agama yang hari-hari diratib untuk menyerang Presiden UMNO.

“Beberapa mereka mendakwa konon tidak dimaklumkan jajaran baharu, tetapi ok demi tamadun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Zahid mendakwa, ada dalam kalangan berkenaan mendakwa konon tidak mahu jajaran baharu bersama DAP, tetapi terpaksa disebabkan pandemik.

“Bermacam-macam alasan cuba mereka selindungi, tetapi mahu selindung apa lagi?

“Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih. Melempar tuduhan demi tuduhan ke atas Presiden UMNO.

“Akhirnya mereka melakukan apa yang dituduh. Begitulah ‘karma’ sebuah pembohongan dan penipuan,” katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata rakyat tidak lagi mudah diperbodohkan dengan penipuan, pembohongan dan hipokrasi tahap tertinggi.

“Mereka mendulang air terpercik muka sendiri. Presiden UMNO begini jua terus berpegang pada prinsip parti.

“Mungkin berkat kesabaran dan yakin kebesaran Tuhan berdepan panah-panah fitnah,” katanya.

Beliau turut menyatakan rasa simpati dengan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang didakwanya bersungguh-sungguh melancarkan propaganda terhadap Presiden UMNO.

“Saya maafkan fitnah dan dakyah anda semua. Semoga kebenaran semalam menatijahkan sebuah keinsafan,” katanya.

Sumber | BH

CATEGORIES

COMMENTS