Tak fikir situasi Covid19, Muhyiddin cadang bubar parlimen

Tak fikir situasi Covid19, Muhyiddin cadang bubar parlimen

Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Khas Kabinet hari ini bahawa beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Muhyiddin membuat keputusan meletakkan jawatan Perdana Menteri termasuk mencadangkan pembubaran Parlimen memandangkan tiada seorang pun calon memiliki majoriti solid untuk diangkat sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan posisi itu.

Perkara ini dimaklumkan salah seorang Menteri Kabinet Perikatan Nasional (PN) kepada SuaraTV.

Muhyiddin tiba di pintu 1 Istana Negara pada jam 12.23 tengah hari bagi mempersembahkan keputusan dan cadangannya kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sumber | Suara TV

CATEGORIES

COMMENTS