Pintu kasih sayang terbuka luas kepada bekas MP Pakatan Harapan

Pintu kasih sayang terbuka luas kepada bekas MP Pakatan Harapan

“Pintu kasih sayang terbuka luas kepada rakan-rakan seperjuangan kembali bersama Pakatan Harapan.”

Itu rayuan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Mari kita bina semula rakyat dan negara. Rakyat menunggu jasa bakti kita,” sambungnya dalam ciapan Twitternya malam ini.

Ahli Parlimen Pulai itu merayu bekas rakan-rakannya yang pernah membelakangkan PH supaya kembali menyokong pembangkang bagi usaha membentuk kerajaan selepas peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Esok difahamkan barisan pembangkang akan menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara yang sama.

Sumber | MG

CATEGORIES

COMMENTS