Panas! Sokongan bersyarat: PN langgar lagi titah Agong

Panas! Sokongan bersyarat: PN langgar lagi titah Agong

Sokongan Bersyarat Politik Peras Ugut MP PN Melanggari Titah Agong.

1.Saya meneliti surat pemakluman memilih calon PM olih Speaker Dewan Rakyat kepada ahli Parlimen. Saya dapati surat tersebut ada lah merupakan arahan dari titah Tuanku Yang DiPertuan Agong untuk Ahli Parlimen Malaysia menamakan seorang calon PM dari kalangan MP. Surat tersebut telah menyatakan akuan kepercayaan kepada calon PM mestilah tanpa syarat.

2.Hari ini saya telah meneliti kenyataan media Pengerusi PN Tan Seri Mahiadin Yassin yang menyatakan sokongan 50 orang MP PN terdiri daripada 31 MP Bersatu, 18 MP Pas, 1 MP Star dan 4 MP bebas yang pro PN kepada Datuk Ismail Sabri sebagai PM adalah bersyarat.

3.Saya dapati sokongan MP PN ini adalah bertentangan dengan titah Tuanku seperti didalam surat pemakluman olih Speaker dewan Rakyat.Ini bermakna MP PN telah membohongi YDPA didalam surat akuan bersumpah mereka yang tidak menyatakan syarat. Tetapi seperti kandungan kenyataan media olih TSMY Pengerusi PN menyatakan sokongan mereka adalah bersyarat.

4.Bagi saya jika Datuk Ismail Sabri terpilih sebagai PM dan kerajaan yg bakal di bentuk adalah dalam suasana tidak setabil dan aman serta kucar kacir politik Malaysia akan berulang.Olih itu satu proses baru perlu dicari oleh YDPA bagi menjamin PM yg dilantik nanti adalah dari seorang yg tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang telah berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri.

5.Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN kepada Ismail Sabri menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi oleh politik peras ugut yg bercorak kumpulan Mafia. saya percaya berasaskan pergolakan politik dalaman umno sebelum kejatuhan TSMY sebagai PM sudah tentu Ismail sabri berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafaskan oleh kumpulan Presiden Umno.

6.Saya mohon kepada kebawah Duli Tuanku YDPA sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara ini sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia yang tercinta.

#SelamatkanMalaysia
#TolakLegasiKerajaanGagal

Mahfuz Bin Omar
Naib Presiden Amanah
Ahli Parlimen Pokok Sena
19 Ogos 2021
Jam 18.30pm

CATEGORIES

COMMENTS