
Prinsip keadilan: Tepat dan tajam titah Sultan Perak
Pagi tadi dlam titah ucacapan Sultan menyentuh …Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah prinsip keadilan itu ialah
” .meletakkan sesuatu pada tempatnya dan menyerahkan amanah kepada mereka yang pakar dalam bidangnya… ”
Benar ini lah yg aku tulis semalam soal Kompeten, Dan orang yg tepat memimpin negara,Itu sebabnya Ulama memberikan tafsir Adil itu..
وَضْعُ الشَّيْءِ فِي مَحَلِّهِ..
” Meletakkan sesuatu pada Tempatnya..”
Apalagi Titah Ucapan Sultan Perak ?
” Baginda bertitah, bahawa ahli falsafah Islam Ibnu Khaldun dalam mukadimah yang dihasilkannya 800 tahun lalu mengaitkan bencana dengan perubahan sosial yang membentuk lima fasa.
“Fasa pertama, suatu kaum bersandarkan semangat asabiyah bergerak membentuk identiti politik; fasa kedua bermulanya perluasan kuasa, pengaruh dan wilayah; fasa ketiga kerajaan melalui zaman kemewahan dan kesenangan hasil pemerintah sebelumnya..”
Itulah ancaman kepada perubaan kita hari ini, Sentimen Ashabiyah, Dan kita faham sehak minggu lepas Istana Perak diserang dengan pelbagai andaian, Hatta seakan kita faham ada tentang dari Kayangan sendiri.. Inilah halangan kepada Islah dan perubahan..
Mungkin aku akui ada usaha kearah ini, tetapi terhalang dengan gerombolan Kayangan Ashabiyah sendiri.. Bayangkan yang takut kepada perubahan ini hatta datang dari Bekas Ketua Hakim dan Ketua Polis negara sendiri.. Ini lah realiti Politik yang selalu aku sbeutkan..
Jadi dimana lagi kita dapat berharap ? Yang Membangunkan Masyarakat Berilmu, Bukan sekadar berpendidikan..tetap yg keluar dari kepompong Ashabiyah dan mampu berfikir.. 🙂
Ipohmali
Sumber | Facebook AMBB