Kerajaan Perpaduan Jokowi, Tun M, Anwar dan Ismail Sabri

Kerajaan Perpaduan Jokowi, Tun M, Anwar dan Ismail Sabri

1- Bila Ismail Sabri mengatakan Pembangkang(PH) tidak akan dilantik dalam Kerajaan sebagai anggota Kabinet, Aku menarik nafas lega, Sekurang kurangnya ia gambaran ketidakbijaksanaan Ismail Sabri seperti Jokowi, Mereka masih mementingkan Kuasa dan agenda parti dan kelompok kaum(Ashabiyah) dalam mendepani Pandemik.

2- Andai Ismail Sabri menawarkan sebuah Kerajaan campuran pun, bagi aku dia bukan lah layak dan berhak atas Kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.. Ia tidak menepati takrif Ahlul Halli Wal A’qdi ataupun Ahlul Ikhtiyar yang disentuh Imam Al Mawardi didalam Kitab Ahkam Al Sulthaniyah.. Ismail menerima kekuasaan dari pengkhianatan..

3- Kedudukan Ismail Sabri hari ini hanya sebagaimana kedudukan Yazid Bin Muawwiyah yg mewarisi kekuasaan rampasan kuasa dari Saidina Ali.. Manakala kedudukan dan keterbukaan PH ini mendekati tindakan Saidina Hassan yang berunding menyerahkan kekuasaan kerana mendamai dan mengelakkan pertumpahan darah seperti yang berlaku kepada Saidina Hussien dalam peristiwa karbala..

4- Bagi aku bila Ds Anwar Ibrahim diluar Istana, menyentuh soal kerajaan Campuran dan kesediaannya bersama dengan semua Pihak, Itulah gambaran keterbukaan PH sejak awal dalam mencapai kestabilan Politik menghadapi krisis Ekonomi dan Pandemik.. Bukan sibuk mengejar jumlah SD dan akhirnya kekal tidak ada kestabilan..Hanya Pemimpin PH yang layak menawarkan perdamaian memandangkan mereka lah pemilik sebenarnya Kerajaan yakni Ahlul Halli wal Aqdi..

5- Itu Sebabnya tahun lepas, pada petang 26 Febuari 2020 , Ketika menonton perutusan khas, Aku masih ingat Tun Mahathir di kaca TV, Jelas ketika itu Tun merayu untuk semua pemimpin mengenepikan kepentingan Politik dan mencadangkan sebuah Kerajaan Perpaduan yang hanya mementingkan kepentingan Negara.

6- Mungkin ketika itu ramai yang memandang sinis usaha Tun Mahathir itu termasuk pemimpin PH untuk menubuhkan Kerajaan tanpa pembangkang, dan hari ini kita melihatkan kebenarannya, sekuat mana PH mahupun PN ia tidak akan dapat menstabilkan Politik di Negara kita, Tidak ada satupun gabungan atau parti dapat menubuhkan sebuah Kerajaan yang kuat dan Stabil..

7- Walhal ketika Tun Mahathir membuat tawaran itu, krisis Ekonomi belumpun bermula, ketika itu 11 Hari kita tanpa kes Covid-19, Tetapi Tun Mahathir telah memberikan gambaran kita perlu bersatu untuk hadapi bahaya dan ancaman yang besar, iaitu krisis Ekonomi dan Pandemik.. Pandangan Tun Mahathir ketika itu jauh kehadapan..

8- Tak kira Tun Mahathir atau Ds Anwar.. Hanya mereka yang layak memimpin Negara, Kerajaan dan gagasan PH, mereka yang dipilih oleh rakyat pada PRU 14.. Maka ia menepati Takrif Ahlul Halli Wal Aq’di.. atau Ahlul Ikhtiyar… Dan Itu dilakukan Jokowi.. Biarpun Jokowi selesa dengan kemenangan dalam Pilpress 2019..

9- Di Indonesia , Prabowo yang menjadi saingan Jokowi ketika pemilihan presiden(Pilpres) 2019.. dilantik sebagai Menteri Pertahanan, Manakala terbaru, Regu Prabowo dalam pemilihan Presiden Sandiaga Salahuddin Uno mantan Gabenor Jakarta yang menewaskan Ahok, Dilantik sebagai Menteri Ekonomi pada bulan disember 2020 yang lalu.. Tidak hairan Indonesia hari ini hebat mendepani krisis dan Ekonomi..

10- Aku secara peribadi sebenarnya tidak bersetuju untuk PH terlibat dalam Majlis Pemulihan Negara dan atau apapun kerjasama dengan Kerajaan Khianat ini melainkan demi kepentingan Rakyat dalam menghadapi Covid-19 dan Krisis Ekonomi.. PH harus memperkukuhkan Gagasan Pembangkang..

11- Kerajaan Ismail Sabri akan tetap Gagal.. Untuk Memimpin Negara ketika ini, Untuk Menarik pelabur selain dari Kestabilan Politik, Kita perlukan Seorang pemimpin yang mempunyai Pengaruh di arena antarabangsa.. hanya dua pemimpin yang punya pengaruh besar.. Jika tidak Tun Mahathir hanya Ds Anwar yang layak memimpin Negara ketika ini.. Tidak ada jalan lain.. Memilih jalan lain hanya Memilih Kegagalan.. Kerajaan akan terus Gagal jika dipimpin oleh mereka yang gagal.. 🙂

Ipohmali

Sumber | Facebook AMBB

CATEGORIES

COMMENTS