
Panas! Asmuni dedah ada ustaz bawa agenda antivaksin di masjid-masjid
Dewan Undangan Negeri Perak dikejutkan dengan pendedahan oleh ADUN Manjoi, Dato’ Asmuni Awi tentang golongan agamawan membawa agenda anti vaksin di paltform masjid dan surau.
Menurutnya, beliau mendapat makluman ada ustaz-ustaz yang berceramah dengan menyelitkan unsur-unsur negatif terhadap vaksin dengan menggunakan dalil-dalil agama.
Ustaz-ustaz tersebut menyelitkan rasa kerisauan dan keraguan terhadap proses vaksin ketika menyampaikan ceramah di masjid dan surau.
“Lebih sedih dari itu, hujah agama digunakan, kumpulan antivaksin ini mengunakan masjid dan surau.
“Dalam ceramah itu diselitkan rasa kerisauan, keraguan terhadap proses vaksin ini.
“Pelbagai teori digambarkan oleh mereka dan mempersoalkan ubat yang digunakan,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah di DUN Perak, disini baru-baru ini.
Asmuni menggesa agar pihak kerajaan mengambil perhatian serius terhadap perkara ini kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan untuk mencapai komuniti sihat dalam kalangan masyarakat.