
Panas! Exco sabotaj usaha kerajaan Perak tangani pandemik!
KENYATAAN MEDIA
28 Ogos 2021
Disaat kerajaan Negeri Perak sedang berusaha ke arah menangani pandemik Covid 19 ada EXCO kerajaan Perak tidak memberikan kerjasama.
Sejak kerajaan PN di pusat telah ditumbangkan , ada EXCO kerajaan dari parti PN tidak ikhlas membantu usaha kerajaan negeri serta tidak minat turun padang bersama Menteri Besar walaupun menjadi tanggungjawab beliau.
Ini tidak pernah berlaku sebelum ini di mana EXCO bertanggungjawab tidak mahu turun bersama MB dalam program rasmi bukan sekali tapi beberapa kali.
Saya difahamkan tindakan ini satu bentuk protes dan memberi ‘amaran’ tidak teragak-agak tarik sokongan terhadap MB sekiranya masih tidak menghormati Perikatan Nasional di Perak.
Tindakan beliau tidak memberikan kerjasama dalam usaha menangani pandemik sedangkan beliau merupakan EXCO yang bertanggungjawab menangani pandemik seolah olah ‘sabotaj’ dengan niat mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan negeri Perak pimpinan Datuk Shaarani Mohamad Menteri Besar Perak bahawa lewat dalam tindakan dan gagal menangani pandemik di negeri ini.
Saya menggesa semua pihak khusunya EXCO kerajaan Perak dari Perikatan Nasional mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri dengan memberi kerjasama penuh kepada Menteri Besar dalam usaha menangani pandemik Covid -19, memberjayakan program vaksinasi , mengurangkan pengangguran, meningkatkan bantuan kebajikan rakyat seperti mana dilakukan pembangkang demi kepentingan rakyat Perak.
Muhamad Arafat
-Ahli Dewan Negeri Perak kawasan Hulu Kinta
-Ketua Penerangan KEADILAN Perak