Pandemik tidak halang AMANAH Parit Buntar sambut kemerdekaan

Pandemik tidak halang AMANAH Parit Buntar sambut kemerdekaan

Walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, Hari Kemerdekaan tetap disambut dengan aktiviti yang bersesuaian dan mengikut SOP yang ditetapkan.

AMANAH kawasan Parit Buntar turut menjayakan aktiviti menyambut kemerdekaan dengan mengadakan program mengedar Jalur Gemilang dan pelitup muka (face mask) kepada penduduk Parit Buntar.

Penyelaras program Mohamad Nakhaei Abdul Wahab berkata, program bermula di Pasar Awam Parit buntar melibatkan Ahli Parlimen Parit Buntar , Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa.

“ Dr Mujahid bersama petugas AWAN kawasan Parit Buntar telah mengedarkan Jalur Gemilang dan lebih 100 kotak pelitup muka kepada pengunjung pasar awam.

“ Sambutan orang ramai dari pelbagai kaum terhadap aktiviti ini sangat baik “ katanya
Menurut Nakhaei , petugas Pemuda AMANAH kawasan Parit Buntar bersama petugas AWAN dan WARDA Kawasan Parit Buntar telah mengedar lebih 400 kotak pelitup muka dan Jalur Gemilang kepada orang ramai.

“ Selain Pasar Awam Parit Buntar, kami turut membuat edaran Jalur Gemilang dan pelitup muka di Pasar Batu Lima, Pasar Kuala Kurau dan Pasar Awam Tanjung Piandang.

“ Walaupun hanya mengambil masa yang pendek, aktiviti ini dapat membangkitkan semangat menyambut kemerdekaan kepada orang ramai disebalik kesuraman suasana akibat pandemik” katanya
Katanya, aktiviti ini mampu menyemai sifat bangga pada Jalur Gemilang juga adalah antara ciri penting dalam pembinaan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya.

“ Pada tahun lepas kami mengadakan program Kayuhan Merdeka , namun pada tahun ini kami mengadakan aktiviti yang bersesuaian dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

“ Semoga aktiviti ini dapat menerapkan perasaan bangga dengan bendera Malaysia kerana ia adalah lambang kemegahan dan patriotisme terhadap negara” katanya.

Sementara itu, AMANAH Kawasan Parit Buntar turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada semua Cawangan AMANAH di Parit Buntar sebagai usaha mengajak penduduk Parit Buntar untuk memasang Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi kecintaan kepada negara Malaysia.

CATEGORIES

COMMENTS