
Dengan penuh yakin, Khairy kata tiada kes kematian akibat vaksin
Tiada kes kematian yang dikaitkan langsung dengan vaksinasi Covid-19, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
“Sehingga hari ini, saya ingin menegaskan bahawa tidak ada satu pun kes kematian yang telah menunjukkan kaitan langsung dengan vaksinasi.
“Tetapi untuk melegakan hati rakyat kita, saya telah berbincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, kita akan keluarkan data minggu depan,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya pada Rabu.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) melaporkan, setakat semalam, seramai 15,032,301 individu atau 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Sumber | SH