Hudud dan RUU355 tiada dalam lima agenda inisiatif Menteri Agama

Hudud dan RUU355 tiada dalam lima agenda inisiatif Menteri Agama

Dalam ucapan sulong tadi, saya telah mencadangkan tema pentadbiran hal ehwal Islam kali ini

“BERSAMA AGENSI ISLAM MENYANTUNI KELUARGA MALAYSIA MENDEPANI COVID-19”.

Tema ini diangkat sebagai panduan kepada semua agensi Islam di bawah saya untuk melaksanakan dasar dan program yang menjurus ke arah membawa keluar KELUARGA MALAYSIA daripada kesempitan hidup akibat pandemik COVID-19.

Bagi memastikan tema pentadbiran yang dicadangkan ini dapat direalisasikan, maka kami sepakat untuk untuk memberi fokus kepada 5 strategi yang kami namakan INISIATIF MANTAP iaitu :

INISIATIF 1 : PEMANTAPAN MENTAL, JASMANI DAN ROHANI
INISIATIF 2 : PEMANTAPAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
INISIATIF 3 : PEMANTAPAN INSTITUSI KEKELUARGAAN, SOSIAL DAN KOMUNITI ISLAM
INISIATIF 4 : PEMANTAPAN INSTITUSI MASJID DAN SURAU
INISIATIF 5 : PEMANTAPAN SOSIO EKONOMI UMMAH

Bagi memastikan INISIATIF MANTAP ini dapat dilaksanakan dengan segera, saya telah menetapkan tempoh kurang 10 hari bagi semua agensi di bawah saya untuk merangka Pelan Intervensi Agensi Agama Mendepani COVID-19 atau ringkasnya PIAGAM-C19.

Saya telah mengarahkan JAKIM sebagai lead agency untuk menyelaras semua 14 agensi Islam dan sebuah sekretariat khas akan diwujudkan oleh JAKIM bagi memastikan segala perancangan dan pelaksanaan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

CATEGORIES

COMMENTS