Khairy kini ambil tugas Noor Hisham ketuai sidang media

Khairy kini ambil tugas Noor Hisham ketuai sidang media

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, kementeriannya akan lebih telus dalam mengeluarkan data berhubung Covid-19 selepas ini.

Beliau berkata, ini supaya tiada lagi dakwaan Kementerian Kesihatan (KKM) merahsiakan data.

“Banyak data sudah disenaraikan secara terbuka tetapi saya telah membuat ketetapan bahawa budaya kerja KKM selepas ini akan lebih kepada ketelusan.

“Ini supaya tiada persoalan mengenai kepercayaan kepada kerajaan, tidak ada lagi tuduhan kerahsiaan atau pemalsuan maklumat,” katanya pada sidang media.

Khairy turut menegaskan buat masa ini tiada kematian dilaporkan berkaitan vaksin.

Sementara itu, Khairy berkata, berikutan rakyat berkemungkinan akan hidup dengan virus Covid-19 sekalipun telah divaksinasi, beberapa langkah memudahkan SOP sedia ada akan diumumkan.

Katanya, ini bagi memudahkan SOP sedia ada supaya tidak terlalu banyak dan rumit.

“Ini supaya bila pandemik Covid-19 berlaku, ada SOP lebih jelas dan mudah difahami. Ini dapat dipraktikkan,” katanya.

Beliau berkata, masyarakat boleh mengamalkan pemantauan kendiri di rumah melalui Home Assessment Tool (HAT) sebelum mendapat arahan selanjutnya oleh PKD dan Covid-19 Assessment Centre.

“Ahli keluarga atau rakan serumah perlu prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit Covid-19 sepanjang pemantauan kuarantin di rumah,” katanya.

Katanya, orang ramai juga perlu memanfaatkan teknologi komunikasi bagi memantau kesihatan kaum keluarga/rakan yang sedang menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Sumber | FMT

CATEGORIES

COMMENTS