
Panas! Zolkharnain hairan pemimpin Pas dah tak bercakap lagi soal pindaan RUU355
Kini Pas tak bercakap lagi soal pindaan RUU 355 walaupun parti itu sudah pegang kementerian agama.
Semasa pemimpinnya pegang kementerian undang- undang pun, isu pindaan RUU 355 senyap juga.
Pemimpinnya yang pegang kementerian jaga sungai dan sampah lagilah senyap.
Kenapa senyap? Jawabnya mudah. Kerana pemimpin Pas hanya tahu bercakap tapi tak tahu untuk buat.
Atau kalimah yang lebih bagus, hanya tahu berpidato, berceramah, berkuliah dan berdemontrasi.
Betulkah pemimpin Pas hanya tahu bercakap? Apa tidak betulnya, sebab kalau tak betul tentulah Pas dah buat semua itu.
Bukankah RUU 355 pernah diibarat seperti hudud dan hudud diangkat sebagai nyawa Pas?
Lagipun Pas nak berjuang apa kalau bukan berjuang pinda RUU 355? Nak berjuang supaya jaga sungai, jaga hutan? Itu bukan perjuangan Islam bagi Pas.
Bagi Pas, perjuangan Islam ialah perjuangan menegakkan hukum Islam. Salah satunya, RUU 355.
Bukankah Pas pernah kata, kalau buat hudud semua isu jenayah akan selesai. Hukum Islam adalah penyelesai semua masalah manusia, jadi kenapa tunggu lagi?
Percayalah tuan-tuan, pemimpin Pas hanya pandai bercakap. Apabila mulut mereka dah penuh sagon, maka tak bolehlah mereka bercakap lagi.
Mereka pepak sagonlah pulak…!
Sumber | Facebook Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi