Program capaian vaksinasi anjuran MP Lumut dapat sambutan hangat!

Program capaian vaksinasi anjuran MP Lumut dapat sambutan hangat!

Program Capaian Vaksinasi telah dilaksanakan hari ini dengan jayanya di Taman Samudera, Seri Manjung.

Program ini berjaya mencapai sasaran seramai 1300 orang penerima vaksin di kawasan berdekatan untuk menerima dos vaksin pertama.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Manjung, jabatan dan agensi kerajaan, para sukarelawan dan petugas dari parlimen Lumut kerana menjayakan program ini hingga ke akhirnya.

Program yang diadakan sehari sebelum perintah kawalan pergerakan dipertingkatkan (PKPD) di kawasan ini diharap dapat membantu membentuk kadar imuniti kelompok di Lumut ini.

Dr Mohd Hatta Ramli
Ahli Parlimen Lumut

Sumber | Facebook Dr Mohd Hatta Ramli

CATEGORIES

COMMENTS