Terkini! China haramkan program realiti yang melalaikan, Malaysia macamana?

Terkini! China haramkan program realiti yang melalaikan, Malaysia macamana?

Bagi memastikan anak muda negara itu tidak terus tersesat, pemerintah China telah mengharamkan beberapa realiti yang melalaikan. China turut menyekat program pencarian bakat baharu, termasuk mengarahkan pihak penyiaran tidak mempromosikan lelaki lembut.

Memetik laporan The Guardian, antara peraturan baharu yang diarahkan adalah pihak penyiaran tidak boleh menaikkan sebarang perkembangan idola atau selebriti. Rancangan realiti melibatkan anak-anak selebriti juga tidak dibenarkan sama sekali.

Pihak Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China juga diarahkan untuk menolak sebarang bahan yang menyiarkan lelaki lembut, aksi kasar, penggunaan bahasa tidak sopan, memaparkan gaji selebriti dan menaikkan pelakon dengan perangai buruk.

China nampaknya tidak mahu format hiburan mereka sama seperti apa yang berlaku di Korea Selatan. Ini apabila peminat menjadi terlalu menyanjung artis kesayangan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang gila.

Contohnya, peminat Kris Wu telah membantah penahanannya yang didakwa atas kesalahan merogol. Apa yang dilakukan peminat ini dianggap sebagai penyembahan ke atas selebriti dan ia perlu dicegah.

Sebab itu jika di Malaysia semua program, drama dan filem ditapis pihak berwajib bagi memastikan bahan penyiaran yang dikeluarkan tidak melanggar hukum atau undang-undang.

Sumber | AN

CATEGORIES

COMMENTS