Terkini! Fatih Seferagic didakwa dengarkan bacaan Al-Quran selepas merogol?

Terkini! Fatih Seferagic didakwa dengarkan bacaan Al-Quran selepas merogol?

Qari dan pendakwah popular yang dikenali di beberapa negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, Fatih Seferagic dilaporkan berdepan dengan dakwaan tuduhan seksual.

Menerusi laporan FACE, Fatih didakwa atas pertuduhan seksual ke atas ramai wanita dan difahamkan mangsanya yang paling muda adalah berusia 14 tahun.

Salah seorang mangsa turut didakwa mengalami gangguan emosi dan kecelaruan trauma akibat diperdengarkan bacaan Al-Quran selepas dirogol.

Difahamkan, Fatih menggunakan modus operandi yang sama ke atas mangsa-mangsanya.

Fatih dilaporkan ni telah melakukan perbuatan tersebut sejak berusia 16 tahun. Malah mangsanya juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Malah, Fatih sebelum ini dikhabarkan telah berkahwin sebanyak tiga kali dan pernah didakwa menjalinkan hubungan cinta bersama aktres Indonesia, Lucinta Luna.

Sejauh mana tuduhan tersebut tidak dapat dipastikan kerana tidak ada dakwaan dan laporan polis dibuat sebelum ini.

Namun pada akhirnya, siasatan sedang dijalankan.

Terkini, seorang peguam telah menghebahkan perlakuan qari itu serta beberapa bukti perbuatan di laman Facebook miliknya.

Walaubagaimanpun, Fatih menerusi laman Instagram mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan tersebut.

Sumber | XTRA

CATEGORIES

COMMENTS