Panas! Harga ayam naik, Munzirie tempelak kerajaan yang tak berfungsi

Panas! Harga ayam naik, Munzirie tempelak kerajaan yang tak berfungsi

Pemuda AMANAH Negeri Perak menzahirkan rasa kesal di atas kelewatan pihak kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga ayam yang saban hari naik dengan mendadak.

Malangnya selepas beberapa minggu kenaikan harga ini berlaku, kerajaan baru yang dipimpin oleh Dato Seri Ismail Sabri melalui Kementerian Kepenggunaan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) dilihat gagal menyelesaikan isu harga barangan mentah yang naik secara mendadak,memandangkan pihak kementerian baru memulakan menjalankan sesi perbincangan dengan pihak pembekal dan pihak berwajib dalam isu yang serius ini.

Dalam hal ini, Pemuda AMANAH Negeri Perak berasakan bahawa perlu ada garis panduan yang jelas melalui skim harga kawalan barangan bagi pihak kerajaan melalui Kementerian dalam menangani isu kenaikan yang mendadak harga ayam ini.

Oleh itu, Pemuda AMANAH Negeri Perak mencadangkan kepada kerajaan menetapkan harga siling terlebih dahulu bagi menangani isu kenaikan harga ayam ini sebelum satu keputusan konstruktif dapat dibuat oleh kerajaan.

Disamping itu, Pemuda AMANAH Negeri Perak menggesa kerajaan mengawal harga-harga input seperti benih ayam dan makanan ayam bagi memastikan hargannya terkawal dan tidak melambung tinggi.

Tatkala rakyat sedang diuji dengan tekanan ekonomi ketika ini dihimpit akibat pandemik Covid-19 ini, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dalam menangani harga segala barang keperluan dalam menggurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Akhirnya Pemuda Amanah Negeri Perak mengharapkan agak pihak kerajaan yang baru perlu segera responsif dan cakna terhadap masalah ini dalam memastikan kenaikan harga ayam dapat dikawal dengan harga yang sewajarnya.

AHMAD MUNZIRIE AHMAD KABIR
Naib Ketua Pemuda AMANAH Perak

CATEGORIES

COMMENTS