Sebak! 30 tahun satu keluarga tidur beralaskan kotak, bertemankan anai-anai

Sebak! 30 tahun satu keluarga tidur beralaskan kotak, bertemankan anai-anai

Siang tadi PAHAK berkesempatan mengunjungi rumah Kak Roh. Setiba di kawasan rumah, kelihatan luaran rumah yang mereka tinggal sangat daif. Nampak dari luar bumbung bocor di mana-mana. Dinding rumah juga banyak yang berlubang.

Kak Roh tinggal bersama ibu yang sudah uzur dan seorang adik yang kurang upaya. Lebih menambahkan derita, sebelum ini Kak Roh bekerja di kedai makan berdekatan, tapi diberhentikan kerana PKP yang berlarutan. Kedai yang Kak Roh bekerja tidak lagi memerlukan pembantu, maka khidmat Kak Roh tidak lagi diperlukan. Itulah sahaja punca pendapatan dari Kak Roh sendiri.

Kalau dahulunya Kak Roh mendapat upah sebanyak RM30 sehari, tapi sekarang ini seratus peratus bergantung kepada duit kabajikan masyarakat emaknya RM350, dan adiknya RM250. Dengan wang tersebut mereka menampung makan dan minum serta membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan. Walaubagaimanapun, jutaan terima kasih juga kepada jiran tetangga yang sesekali ada yang datang menghulurkan bantuan.

Menjenguk ke dalam rumah Kak Roh, langsung tidak kelihatan keperluan asas. Lebih menyedihkan, lantai rumah sudah reput. Mereka perlu berjalan dengan berhati-hati kerana pernah tercedera akibat terjerlus kebawah kerana banyak kawasan lantai rumah yang tidak lagi mampu menampung berat mereka.

Malam pula mereka akan tidur di atas kotak sahaja sebagai alas, ini sudah berlarutan selama lebih 30 tahun. Menurut Kak Roh, rumahnya akan bergoyang sekiranya keadaan cuaca berangin yang kuat.

Beberapa hari lalu, rumah mereka dimasuki ular berbisa. Atas dasar prihatin ada antara jiran mereka yang menghubungi meminta bantuan Angkatan Pertahanan Awam. Hari ini, kami datang meninjau keadaan mereka setelah mendapat aduan akan keperitan hidup mereka sekeluarga. Ternyata, keadaan mereka memang sangat memilukan.

Hasil sumbangan anda semua,kami mencari sebuah rumah sewa baru kepada mereka dan membayar 6 bulan sewa kepada tuan rumah. Sebagai permulaan, kami juga akan membeli tikar getah dan sedikit keperluan asas yang lain serta makanan. Dengan harapan kehidupan mereka sedikit berubah setelah 30 tahun menderita.

PAHAK sentiasa mengalu-alukan dan membuka peluang kepada sahabat-sahabat di luar sana untuk terus memberikan sumbangan. InsyaAllah sumbangan sahabat-sahabat akan dipanjangkan kepada mereka yang senasib seperti Kak Roh.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut.
Pertubuhan Amal Harapan
553131024296 (Maybank).

Hantar resit sumbangan anda ke 017-514 0087 bagi tujuan rekod. Sebarang soalan juga boleh diajukan ke nombor yang sama. Semoga sumbangan kalian diterima dan dikurniakan pahala seperti air yang mengalir. Aaminn.

Jeming Hassan
Pengerusi Pertubuhan Amal Harapan Kelantan

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    สล็อตออนไลน์ เราคือ ผู้ให้บริการเกมส์คาสิโนออนไลน์ สล็อตxo สล็อต ยิงปลา บาคาร่า casino https://beo777.com/
    มีเกมส์ให้เลือกเล่นมากกว่า 100เกมส์เติมเงิน ถอนเงินผ่านระบบอัตโนมัติ มั่นคง ปลอดภัย บริการตลอด 24 ช.ม.

  • Disqus ( )