Panas! 4 anggota polis kantoi dicekup di pusat hiburan positif dadah

Panas! 4 anggota polis kantoi dicekup di pusat hiburan positif dadah

Empat anggota polis antara 35 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, serbuan kira-kira jam 2 pagi itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman.

Menurutnya, serbuan dijalankan bertindak atas maklumat berlakunya aktiviti hiburan, pelacuran dan pengambilan dadah.

“Hasil serbuan, kita telah menahan 35 individu terdiri daripada 22 lelaki dan 13 perempuan.

“Ujian awal saringan air kencing mendapati seramai 19 individu positif dadah termasuk empat anggota terbabit,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Azri berkata, semakan juga mendapati keempat-empat anggota terbabit bertugas di Selangor.

Tambahnya, susulan itu, JIPS akan membuka siasatan selari dari sudut tatatertib.

“Sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) akan disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan termasuklah sekiranya urin saringan awal didapati positif,” katanya.

Tegas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan.

Sumber | SH

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )