Covid-19: 10 ribu kematian dalam tempoh sebulan, semalam sahaja 176 kematian luar hospital

Covid-19: 10 ribu kematian dalam tempoh sebulan, semalam sahaja 176 kematian luar hospital

1- Semalam kita catatkan kematian sudah cecah 21 Ribu Kematian, 413 Kematian dilaporkan..dan 176 Kematian di luar Hospital dilaporkan.. Untuk mudah faham, dalam tempoh 30 Hari atau dalam bulan ogos saja, Kita dah catatkan 10 Ribu Kematian, dengan makna 10 ribu anak anak kehilangan ibu bapa mereka..Isteri kehilangan suami, begitulah sebaliknya yang mana besarnya Kegagalan Kerajaan..

2- Untuk sedapkan hati rakyat..Ya Kita faham..Ianya data tertunda.. Soal tertunda atau tidak.. Kematian ini benar benar berlaku, 21,124 Kematian setakat semalam benar benar berlaku..Biarpun hari ini KKM bijak bermain data membuat laporan yg mengelirukan dengan membezakan Actual Deaths dan Pelaporan kematian.. Mungkin lepas ni boleh buat Real Time Deaths sebagaimana pergerakan harga kaunter Bursa Saham..

3- Memang benar, Ada Backlog.. Tapi tak perlu gelapkan laporan harian di page KKM.. sebab semua kematian itu real..bukan cubaan.. Ada pelaporan tertunda, Tetapi kematian itu real.. Aku faham apa kerajaan cuba buat.. Ya ! Dateline Oktober untuk menunjukkan Kejayaan Becksinasi semakin hampir.. Jadi Graf atau Data perlu menunjukkan indikasi Penurunan dan Kejayaan..

4- Aku akui ada penurunan.. Sudah pasti itulah Tujuan Akhir Becksinasi.. Di UK, Israel, Singapura negara yang sudah capai 60% Becksinasi lengkap mencatatkan hanya tak sampai 10 Kematian, malah berjaya catatkan 0 kematian.. Sebelum sektor sosial dibuka.. maksudnya pemutusan rantaian itu terlebih dahulu dicapai..berbeza dengan Melaysia.. Tetapi kita masih dalam julat 3 Digit Kematian.. Penurunan ini tidak signifikan dgn tujuan dan kejayaan Becksinasi dan lockdown..

5- Bila dilihat Graf, Data Actual Deaths semua Negeri hatta negeri terendah program Becksinasi seperti Kelantan, Kadar penurunan, Kadar Kematian sekata dengan negeri yang sudah capai 70-80% Program Becksinasi seperti negeri sarawak.. Soalnya Keboleh jangkitan dan Pemutusan rantaian.. Angka 100 Kematian bukanlah petanda baik, Bulan Mei sebelum Lockdown dilaksanakan kita hanya catat 20-40 Kematian Sehari..

6- Apapun cubaan Kerajaan mengubah Tiang Gol.. Gagal Tetap Gagal..Kematian semua itu samaada tertunda atau tidak..Kematian itu real.. Kegagalan ini juga Real, Berhenti bermain dengan Graf dalam menunjukkan Kejayaan.. Aku masih ingat bagaimana awal Januari alasan yg sama digunakan kononnya data Positif menggunakan data disember 2019..Hakikatnya kes tetap melonjak..

7- Ingat..Negara kita belum capai sasaran pemutusan Rantaian, Tak perlu berbangga mengatakan kita berlaih kepada fasa Endemik..Di Singapura hari ini berlaku lonjakan.. Lonjakan itu berlaku ketika Negara mereka capai 80% dan mengisytiharkan mereka masuk ke fasa Endemik.. Mereka kembali ketatkan aktiviti Sosial walaupun kes kematian hanya 1-2 Kes sehari..

8- Jadi tak perlu lah Kerajaan bermain dengan Angka.. Cuma ciptakan Feel Good factor untuk jadkan indikasi 100 hari Kerajaan Baru.. Berita kes aktif, Positif hatta Kematian teruskan dilaporkan seperti sebelum ini..Tak perlu gelapkan kononnya mahu mereka merujuk ke Portal Covid Now.. Biarlah portal itu cuma jadi rujukan Tambahan..

9- Tindakan Kerajaan hari ini menutup Laporan Sebenar..Cuma menutup kelemahan lah sebabkan Ramai bermula minggu lepas sudah tidak mematuhi SOP.. Semua tempat Perkelahan, kedai makan kembali dilihat keadaan menakutkan.. Sebenarnya mereka bukan telus, Cuma Lebih pandai Memanipulasi Angka..

10- Nampak gaya Keadaan sekarang Makin tak Terkawal.. Memang benar, Nampaknya Kerajaan anggap Becksin ni seolah olah ia Ubat Mujarab.. Jangan Sampai kita sekali lagi ke fasa Lockdown atas kesilapan Kerajaan melonggarkan sekatan berlebihan…Sampaikan kelab malam pun dilaporkan banyak sudah dibuka.. Apapun Masjid tetap ikut Kuota..Inilah Kejayaan 5 hari menteri Agama.. 🙂

Ipohmali

Sumber | Facebook AMBB

CATEGORIES

COMMENTS