Exco Perak beri alasan anak ayam mahal punca harga ayam naik

Exco Perak beri alasan anak ayam mahal punca harga ayam naik

Peningkatan harga anak ayam antara faktor dikenalpasti punca kenaikan harga ayam di pasaran.

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, keadaan itu menyebabkan penternak mengurangkan pembelian anak ayam dan pengurangan bekalan di pasaran.

“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan siasatan. Terdapat beberapa faktor (kenaikan harga ayam) iaitu peningkatan harga dedak yang mana sebelum ini makanan ayam RM800 satu tan. Sekarang maklumat yang kita terima meningkat kepada RM1,400 satu tan.

“Selain itu, masalah di peringkat ladang apabila mereka mengalami kekurangan pekerja asing dan terpaksa menggaji pekerja tempatan dengar kos yang lebih tinggi,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pemantauan Harga Maksimum Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 di pusat membeli-belah Ipoh Parade, di sini pada Selasa.

Abdul Yunus berkata, disebabkan keadaan itu, penternak mengalami peningkatan kos di peringkat ladang.

Jelasnya, KPDNHEP Perak giat melakukan pemeriksaan di seluruh negeri dan mendapati terdapat beberapa lokasi yang menjual ayam pada harga tinggi sehingga RM11.50 sekilogram seperti di Pasar Awam Gopeng.

Menurutnya, terdapat juga ayam yang dijual pada harga RM5.90 di pasar raya disebabkan pihak pasar raya mempunyai kontrak dengan pihak ladang memastikan harga yang diperoleh lebih rendah dan stabil.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, KPDNHEP akan sentiasa memantau dan mencari jalan untuk menstabilkan harga ayam di pasaran seluruh Perak memandangkan ia akan berlarutan dalam jangka masa panjang.

Sementara itu mengenai penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 di Perak, Abdul Yunus menjelaskan sehingga kini tiada sebarang aduan diterima KPDNHEP mengenai harga jualan melebihi yang ditetapkan.

Tambah beliau, sejak 5 September lalu sebanyak 125 premis telah diperiksa.

Sumber | SH

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar

    ▶️ ช่วงเวลาโบนัสไทม์ ◀️
    🔰เล่นได้จ่ายจริง ถอนได้ไม่ติดเทินร์
    💸 แจกทุกวัน รางวัลละ 500 -1,000-10,000++ บาท
    🚩ไม่ว่าจะเล่น 🃏 คาสิโน ⚽️ กีฬา 🎰 slot
    ก็สามารถลุ้นรับรางวัลได้✅

  • comment-avatar

    ▶️ ช่วงเวลาโบนัสไทม์ ◀️
    🔰เล่นได้จ่ายจริง ถอนได้ไม่ติดเทินร์
    💸 แจกทุกวัน รางวัลละ 500 -1,000-10,000++ บาท
    🚩ไม่ว่าจะเล่น 🃏 คาสิโน ⚽️ กีฬา 🎰 slot
    ก็สามารถลุ้นรับรางวัลได้✅

  • comment-avatar

    สล็อตออนไลน์ เราคือ ผู้ให้บริการเกมส์คาสิโนออนไลน์ สล็อตxo สล็อต ยิงปลา บาคาร่า casino https://beo777.com/
    มีเกมส์ให้เลือกเล่นมากกว่า 100เกมส์เติมเงิน ถอนเงินผ่านระบบอัตโนมัติ มั่นคง ปลอดภัย บริการตลอด 24 ช.ม.

  • comment-avatar

    🎮เกมอัพเดทเกมใหม่ก่อนใคร 🎮
    🎰สล็อต♥️คาสิโน♠️บาคาร่า⚽️กีฬา💥ไฮโล🎲
    ทุนน้อย อย่ากลัว เล่นง่าย ได้จริง 🔥🔥

  • Disqus ( )