Panas! Ahmad Said dedah salahlaku pemimpin Pas di Sidang Dun Terengganu, semua terbongkar

Panas! Ahmad Said dedah salahlaku pemimpin Pas di Sidang Dun Terengganu, semua terbongkar

Saya ada bukti bagaimana Ladang mendapat kepentingan. Kes (Proton) X70 (Nombor Plat) TBJ 8228 ….,”

Itu antara pendedahan ADUN Kijal, YB Dato’ Seri Ahmad Said dalam sesi perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 hari ini.

Pendedahan beliau terhenti apabila perbahasan itu ‘diganggu’ ADUN Tepoh, YB Hishamuddin Abdul Karim dan ADUN Paka, YB Satiful Bahri Mamat serta dihalang Speaker, YB Dato’ Yahaya Ali.

Sebelum itu, Ahmad membangkitkan isu pelaburan anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu, Sterling Hectares Sdn Bhd yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama Hygenia Sdn Bhd di Seri Kembangan, Selangor.

Ahmad berkata, peringkat awal pelaburan itu hanya bernilai RM2 juta melibatkan kepentingan sebanyak 49% dan dan selebihnya 51% dimiliki Hygenia Sdn Bhd.

Kemudian katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan Yayasan Terengganu iaitu ADUN Ladang yang juga Exco berkaitan pelaburan negeri, YB Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berjaya mendapat persetujuan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Pengerusi Yayasan Terengganu untuk meningkatkan jumlah pelaburan tersebut kepada lebih RM4 juta.

“Saya dapati jumlah pelaburan Sterling Hectares ke dalam Hygenia adalah sebanyak RM4,538,831 mewakili 49%.

“Saya lihat banyak perkara yang tidak seharusnya berlaku dalam pelaburan ini kerana banyak ‘benda-benda pelik’.

“Yang pertama, Sterling Hectares membuat bayaran pertama kepada akaun Hygenia pada 11 Jun 2020 sebanyak RM2,398,754.

“Malangnya, pada 19 Jun 2020, Ahad Khan (Pengarah Hygenia Sdn Bhd) telah memindahkan wang sebanyak RM1.7 juta ke dalam akaun peribadi beliau.

“Yang kedua, pada 28 Julai 2020, Sterling Hectares telah memasukkan wang ke dalam akaun Hygenia sebanyak RM2,210,077.

“Malangnya, pada hari yang sama, 28 Julai 2020, Ahad Khan telah membuat pemindahan wang ke akaun peribadi beliau sebanyak RM2 juta.

Sehingga Mac 2021 kata Ahmad, pihak Yayasan Terengganu dan Sterling Hectares tidak menerima apa-apa status akuan dan jualan walaupun surat telah dihantar kepada Hygenia bagi memohon maklumat terkini berkaitan pelaburan itu menerusi surat bertarikh 15 Februari 2021.

“Banyak barang-barang tidak dibayar sehingga meninggalkan hutang sebanyak RM181,000”, kata Ahmad.

Dalam perbahasan itu, Ahmad mencadangkan agar pihak Yayasan Terengganu membuat laporan polis terhadap Abdul Ahad Khan.

 

Sumber : IR

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (10)
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar
  • comment-avatar

    Холостячка 2 сезон https://bit.ly/39ioLkW Смотреть онлайн шоу Холостячка 2 сезон на СТБ.
    Пост шоу можно смотреть тут. Холостячка стб 2 сезон 1-2 серия

  • comment-avatar

    Холостячка 2 сезон https://bit.ly/39ioLkW Смотреть онлайн шоу Холостячка 2 сезон на СТБ.
    Пост шоу можно смотреть тут. Холостячка стб 2 сезон 1-2 серия

  • comment-avatar

    Холостячка 2 сезон https://bit.ly/39ioLkW Смотреть онлайн шоу Холостячка 2 сезон на СТБ.
    Пост шоу можно смотреть тут. Холостячка стб 2 сезон 1-2 серия

  • Disqus ( )