Panas! Exco Perak bagi alasan harga dedak mahal punca harga ayam naik melambung

Panas! Exco Perak bagi alasan harga dedak mahal punca harga ayam naik melambung

Kos makanan ayam meningkat sehingga 75 peratus iaitu pada harga RM1,400 bagi setiap satu tan metrik berbanding hanya sekitar RM800 sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, kenaikan mendadak itu menjadi antara punca kenaikan harga ternakan itu di pasaran, pada masa ini.

“Siasatan telah dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkaitan isu ini dan telah pun mengenal pasti beberapa faktor.

“Pertamanya, terdapat peningkatan harga dedak yang mana sebelum ini makanan ayam adalah RM800 bagi satu tan.

“Sekarang, maklumat yang kita terima telah meningkat kepada RM1,400 bagi satu tan,” katanya dalam sidang akhbar selepas tinjauan pelaksanaan harga minimum kit ujian pantas antigen Covid-19 di pusat membeli belah Ipoh Parade di sini hari ini.

Abdul Yunus berkata, faktor lain kenaikan harga ternakan itu turut melibatkan pihak ladang yang mengalami peningkatan dari segi kos operasi.

Katanya, kekurangan pekerja asing menyebabkan pihak ladang terpaksa mengambil pekerja tempatan dengan kadar upah yang lebih tinggi.

“Selain itu, peningkatan harga bekalan anak ayam juga dikenal pasti menjadi antara punca kenaikan harga ternakan itu di pasaran.

“Kenaikan harga anak ayam itu menyebabkan ada pengusaha yang mengurangkan pembelian dan menyebabkan bekalan ayam berkurangan di pasaran. Bila bekalan kurang, harga pun meningkat,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, KPDNHEP Perak telah melakukan pemeriksaan harga ayam di seluruh negeri dan mendapati terdapat segelintir peniaga menjual dengan harga yang tinggi.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan, ada peniaga yang dikesan menjual pada harga RM11.50 bagi satu kilogram ayam manakala ada juga yang menjual pada harga serendah RM5.90 untuk satu kilogram.

“Pihak KPDNHEP sedang menyiasat perkara tersebut. Macam pasar raya, mereka ada ‘farming contract’ dengan pihak ladang, jadi mereka dapat harga yang lebih rendah dan stabil.

“Pada pandangan kita, perkara ini mungkin tidak akan berlarutan dalam jangka masa panjang dan pihak KPDNHEP sendiri memang sentiasa memantau dan mencari jalan untuk menstabilkan harga ayam di pasar-pasar di seluruh Perak,” katanya.

Sumber | UTUSAN

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (6)
  • comment-avatar
    สล็อต 6 days

    📣 มาลุ้นกันอีกแล้วกับ IPRO356 🎙
    ♻️เว็บไซต์ตรง ไม่ผ่านเอเจ้น การันตีทางด้านการเงิน♻️
    🚩ฝาก-ถอน อัตโนมัติรวดเร็วทันใจ

  • comment-avatar

    📣 มาลุ้นกันอีกแล้วกับ IPRO356 🎙
    ♻️เว็บไซต์ตรง ไม่ผ่านเอเจ้น การันตีทางด้านการเงิน♻️
    🚩ฝาก-ถอน อัตโนมัติรวดเร็วทันใจ

  • comment-avatar

    ▶️ ช่วงเวลาโบนัสไทม์ ◀️
    🔰เล่นได้จ่ายจริง ถอนได้ไม่ติดเทินร์
    💸 แจกทุกวัน รางวัลละ 500 -1,000-10,000++ บาท
    🚩ไม่ว่าจะเล่น 🃏 คาสิโน ⚽️ กีฬา 🎰 slot
    ก็สามารถลุ้นรับรางวัลได้✅

  • comment-avatar

    ▶️ ช่วงเวลาโบนัสไทม์ ◀️
    🔰เล่นได้จ่ายจริง ถอนได้ไม่ติดเทินร์
    💸 แจกทุกวัน รางวัลละ 500 -1,000-10,000++ บาท
    🚩ไม่ว่าจะเล่น 🃏 คาสิโน ⚽️ กีฬา 🎰 slot
    ก็สามารถลุ้นรับรางวัลได้✅

  • comment-avatar

    สล็อตออนไลน์ เราคือ ผู้ให้บริการเกมส์คาสิโนออนไลน์ สล็อตxo สล็อต ยิงปลา บาคาร่า casino https://beo777.com/
    มีเกมส์ให้เลือกเล่นมากกว่า 100เกมส์เติมเงิน ถอนเงินผ่านระบบอัตโนมัติ มั่นคง ปลอดภัย บริการตลอด 24 ช.ม.

  • comment-avatar

    🎮เกมอัพเดทเกมใหม่ก่อนใคร 🎮
    🎰สล็อต♥️คาสิโน♠️บาคาร่า⚽️กีฬา💥ไฮโล🎲
    ทุนน้อย อย่ากลัว เล่นง่าย ได้จริง 🔥🔥

  • Disqus ( )