Panas! Diana buat pengakuan terbuka jadi mangsa gangguan seksual ustaz popular

Panas! Diana buat pengakuan terbuka jadi mangsa gangguan seksual ustaz popular

Menerusi program bual bicara Analisis Finaz Yunus, seorang wanita dikenali sebagai Diana (bukan nama sebenar) membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

Dalam wawancara itu, ‘Diana’ mengaku menghubungi pendakwah berkenaan untuk bertanyakan mengenai masalah yang menimpa dirinya. Namun, dia didakwa diajukan soalan lucah menyebabkan dia berasa teraniaya.

Menerusi program bual bicara Analisis Finaz Yunus, seorang wanita dikenali sebagai Diana (bukan nama sebenar) membuat pengakuan telah menjadi mangsa jenayah seksual kepada seorang pendakwah terkenal.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan mendakwa suami dan ahli keluarga tidak mempercayainya apabila dia menceritakan perkara yang terjadi.

Mengulas kepada pendedahan tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laporan Utusan Malaysia meminta wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual berkenaan tampil membuat laporan polis.

 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, dalam wawancara yang berlangsung itu, identiti sebenar mangsa dan pemangsa tidak didedahkan. Jadi seeloknya individu yang mendakwa menjadi mangsa tampil ke hadapan.

Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mangsa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.

Jelasnya lagi, hanya mangsa yang mengenali siapakah pendakwah terkenal yang dimaksudkan. Dia perlu datang untuk membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan dengan segera.

Sumber | OM

CATEGORIES

COMMENTS