Panas! Lelaki ini dedah mengapa orang tak suka dengan Pas

Panas! Lelaki ini dedah mengapa orang tak suka dengan Pas

Sy lihat org yg tak suka PAS ini, bukan sbb Islam yg dibawa PAS. Tetapi disebabkan :

Pas kata, BN tumbang, rakyat senang, umno musuh Islam. Akhirnya Pas bersama BN dan umno.

Pas kata, benci dan tolak rasuah. Akhirnya Pas bersama dgn klepto dan kluster mahkamah dan bentuk kerajaan bersama mereka.

Pas kata, tolak judi, desak tutup casino genting dan haramkn judi yg telah dihalalkan oleh kerajaan. 18 bulan jd kerajaan, cabutan khas judi naik, siap ada iklan raya promo judi, pusat judi beroperasi seperti biasa.

Pas kata, uec wajib dimansuhkn dan hapuskan sekolah vernakular. 18 bulan jd kerajaan, uec di iktiraf, pembinaan sekolah vernakular meningkat.

Pas kata, haramkan dap sbb anti Islam dan anti melayu. 18 bulan berkuasa tidak ada usaha ke arah utk haramkan dap.

Pas kata, tolak cukai gst dan haram kutip cukai yg membebankn rakyat. Dalam parlimen baru ini, pas cadangkn kutipan cukai gst perlu ada penambahbaikan dan perkenalkn cukai lain.

Pas kata, heret segera pembunuh adib. 18 bulan, sampai sekarang tak tahu siapa yg bunuh arwah adib.

Pas kata, pinda dan perkasakan ruu355 segera. 18 bulan jd kerajaan, tak akn lari gunung dikejar.

Manifesto pilihanraya lepas, pendidikan percuma, ptptn dimansuhkn. 18 bulan ada kuasa, ini tak dgr langsung dah, byk beri alasan. Hat lain tu tinggal kenangan.

Pas kata, tolak asobiyah. 22 bulan lepas, melayu, melayu. 18 bulan kemudian, menyokong konsep keluarga Malaysia.

Pas kata, kos sara hidup meningkat dan harga barang naik sbb tak laksana Islam. Hari ini mcm-mcm naik harga, adakah Pas tidak laksana Islam.

Pas kata, kempen BMF utk menjana ekonomi Islam. Skrg pakat cari hat murah dan BMF tidak menjadi dasar kerajaan Melayu Islam seperti yg diharapkan.

Pas kata, MCA memusuhi dan menghina Islam. Skrg MCA sahabat baik PAS.

Pas kata, minoriti menguasai majoriti, pas yg minoriti 18 kerusi boleh ugut kerajaan utk laksanakn hudud atau Islam. 18 bulan hingga skrg tak ada pun ugutan tu utk laksanakn Islam.

Pas kata, bukan 5 tahun, cukup 5 hari akan dapat rasakan perubahan besar. Ini dah 18 bulan tak ada apa-apa pun.

Pas kata, DAP dan PH ancaman kpd melayu dan Islam. Hari ini siap boleh buat MoU bersama.

Pas jd menteri pun hanya mengekalkan dasar dan polisi PH hanya mengutip hasil. Tak ada apa yg baru.

Pas kata, hudud dulu baru Putrajaya (kuasa). Skrg dah ada kuasa dan jawatan, hudud ghuyub tak tahu kat mana. Last cakap pasal hudud sebelum PRU14 masa sakan berkelahi dgn dap. Nanti PRU15 timbul balik, percaya lah.

Banyak lagi lah kalau nk senarai, hat dlm harakah pun boleh jd error lepas depa jd kerajaan, sbb dah terciduk.

Pendek kata, bab teori PAS cukup A+, ats kertas cantik. Tetapi secara praktikal, hampir semua ke laut. Jd sbb itu lah depa tak suka PAS, bukan bermakna benci Islam.

Lain disebut, lain dibuat, tuduh dan main persepsi yg bukan-bukan. Kalau org lain jd kerajaan, semua dia nak segera. Bila dh jd kerajaan baru tahu susah nk buat. Masa jd pembangkang, gebang dan sembang kari.

Bila org tak suka Pas, depa kata org tu musuh Islam. Walhal org tu tak suka dgn pendekatan, cakap tak serupa bikin, tak konsisten dan byk dalil utk backup kesalahan sendiri.

Nabeil Ahmad

Sumber | IR

CATEGORIES

COMMENTS