Panas! Pemimpin Bersatu digesa minta maaf dengan Kisona depan-depan, jangan pakai surat je

Panas! Pemimpin Bersatu digesa minta maaf dengan Kisona depan-depan, jangan pakai surat je

 

“Lebih baik minta maaf dengan Kisona dan keluarganya depan-depan. Setakat pakai surat semua orang boleh buat!”

Itu penegasan bekas pemain badminton No. 1 dunia, Roslin Hashim yang ‘menyirap’ dengan status berbaur perkauman yang ditulis Borhanuddin Che Rahim dalam media sosial.

Borhanuddin dalam Facebooknya, Sabtu lalu mengeluarkan komen negatif selepas S. Kisona gagal memenangi acara perseorangan wanita, sekali gus menyumbang kekalahan 1-3 Malaysia kepada Jepun pada separuh akhir Piala Sudirman.

Kata Roslin, kritikan adalah perkara biasa buat atlet, namun apabila ia menyentuh tentang kaum itu sangat keterlaluan, apatah lagi sukan yang sepatutnya menjadi platform kepada pe­nyatuan kaum.

“Ramai yang kecewa tengok Kisona main lawan Jepun hari itu, tapi tak perlulah sampai menyentuh isu perkauman.

“Dia cakap dia tak ada niat? Come onlah, dia dah buat benda itu, kalau ulang balik baca takkan tak terasa. Benda yang kita buat memang ada niat.

“Takkan tiba-tiba main tulis, main tarah sajakan? Dah tentu ada niat sama ada nak kutuk, nak jatuhkan, nak buli orang itu ke?

“Saya memang sangat sensitif dengan perkara macam ini kerana saya ini orang sukan,” kata pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Semalam, Borhanuddin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung status yang ditulis sambil menegaskan, beliau tidak terlintas untuk merendah-rendahkan mana-mana individu atau kaum.

Dalam satu permohonan maaf bertulis yang ditandata­nganinya dan tular di media sosial, beliau turut menawar diri melepaskan jawatan Naib Ketua Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

Status Borhanuddin me­nerima kecaman pelbagai pihak, termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sumber | UTUSAN

CATEGORIES

COMMENTS