
Netizen kecam cadangan Zahid isytihar darurat di Melaka, kenapa tak buat Mageran masa Umno gulingkan Muhyiddin?
Sebenarnya aku tak berminat komen pasal krisis politik di Melaka..Tapi kejap tadi lihat video kenyataan presiden UMNO, Zahid hamidi di Awani begitu dangkal cadangkan Dharurat di Melaka kononnya merujuk Politik di Sarawak..
Inilah UMNO..Depa bukan bodoh..Saja saja buat Bodoh untuk mempertahankan kuasa.. Di Sarawak tidak timbul soal Kerajaan dijatuhkan, Ia menyentuh penangguhan Pilihanraya yang wajib dilaksanakan menurut perlembagaan.. Jadi Sarawak tidak ada jalan Keluar.. Jadi bagi mengelak PRN dilaksanakan, Maka Proklamasi Darurat dilaksanakan..
Di Melaka, Duluan dia sebagaimana UMNO jatuhkan Mahaiddin..Menarik sokongan kepada Mahaiddin, Jika ada satu pihak mempunyai Sokongan yang kukuh dan Menyakinkan..Maka takda keperluan bubarkan Dun apalagi diisytiharkan Dharurat..
Kedudukan UMNO di pusat sebenarnya jauh lebih tidak menyakinkan.. Sepatutnya Mageran dan Kerajaan Interim ditubuhkan.. Tapi kita faham kaitan UMNO dan &%&*9 ..Bila UMNO diangkat.. Maka tak timbul pulak soal Mageran ? Kononnya semua kena patuh perlembagaan.. Hanya Tun Mahathir yg mencadangkan Mageran di persekutuan..
Tak susah mana pun, Di Melaka.. Kena dibuktikan dulu sokongan samada dihadapan TYT Melaka mahupun Dewan Undangan Negeri.. JIka tidak ada mana mana yang peroleh majoriti Sokongan..Maka bolehlah dilaksanakan Proklamasi Dharurat..
Ini masalah nya..Kadang ada sembang hebat, Suruh patuh Perlembagaan di sebuah negara di Uganda.. kena atas batang hidung sendiri ..tiba tiba kata..Kalau cuba gugat Kerajaan &^567.. Maka akan dibubarkan Dun..Kalau yg jadi pemimpin tu UMNO.. Maka acah acah tak mahu membelakangkan Perlembagaan..
Apapun..Dalam tempoh 3 Tahun ni dah banyak Duluan..Hatta Melaka sendiri yg mohon Bubar dulu zaman Adly Zahari ditolak TYT.. Johor, Kedah dan Kedah beralih tanpa PRU, Perak sampai 2 Kali bertukar MB.. Hanya Sabah yg dibubarkan ..Apakah Melaka mahu mengikuti langkah Sabah ketika kes Memuncak ?
Itulah..Kadang Tafsiran Politik dan Perlembagaan sendiri mengikut neraca dan Kecenderungan Politik..ada ketika mengikut sentimen Kaum dan Agama.. 🙂
Ipohmali
Sumber |Â AMBB