Panas! PN umum tanding semua kerusi Dun, Parlimen Cameron Highlands, sedia langgar BN

Panas! PN umum tanding semua kerusi Dun, Parlimen Cameron Highlands, sedia langgar BN

Perikatan Nasional (PN) Cameron Highlands sedia bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di kawasan tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi PN Kawasan Parlimen Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Ali berkata, keputusan itu telah mendapat kesepakatan bersama selepas BERSATU, PAS dan Gerakan kawasan Cameron Highlands mengadakan mesyuarat secara bersemuka malam tadi.

“Berdasarkan Mesyuarat Perikatan Nasional kali ketiga semalam, telah dapat kata sepakat iaitu penetapan calon bagi PRU-15 iaitu Parlimen akan ditandingi oleh BERSATU manakala DUN Tanah Rata akan diwakili daripada Gerakan dan DUN Jelai pula akan ditandingi oleh PAS.

“Pada dasarnya G5 komponen PN di peringkat kawasan serta Parlimen Cameron Highlands sepakat dengan keputusan yang dipersetujui bersama.

“Apapun ianya bergantung kebijaksanaan & keputusan pucuk pimpinan setiap parti dalam PN Pusat dan Negeri,” katanya menerusi kenyataan kepada PNBBC Portal, hari ini.

Turut hadir sama,  wakil daripada PAS Cameron Highlands, Abdul Karim dan juga Gerakan Cameron Highlands, Lai Chii Wen.

Dalam pada itu, Dr Rasid yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Cameron Highlands berkata, perbincangan dan pertemuan tersebut telah berlangsung dengan harmoni di samping telah bertukar-tukar fikiran bagi membincangkan pencapaian kerjasama PN Cameron Highlands.

“Selain itu, perkara yang turut dibincangkan isu berkaitan permasalahan penduduk tempatan serta kaedah terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan dan bermasalah.

“Semua pihak pimpinan dan jentera PN Cameron Highlands menyatakan mereka sudah bersiap untuk menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa sahaja. PN pilihan rakyat di Cameron Highlands,” katanya.

Sumber | PNBBC Portal

CATEGORIES

COMMENTS