Panas! Akhirnya Siti Saleha umum bakal jadi janda

Panas! Akhirnya Siti Saleha umum bakal jadi janda

PELAKON Siti Saleha akhirnya tampil bersuara mengenai dakwaan rumah tangganya yang dikatakan sedang bergolak.

Menurut Siti Saleha, dia akui telah memfailkan kes cerai berkenaan.

“Yes, saya failkan kes cerai atas kebenaran mahkamah. Selanjutnya, saya tak mahu komen. Terima kasih,” katanya ringkas kepada Gempak.

Untuk makluman, isu pergolakan rumah tangga itu tercetus selepas Siti Saleha selaku plaintif didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Difahamkan, prosiding dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu berlangsung kira-kira pukul 10 pagi.

Malah prosiding itu turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Sekadar info, Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017.

Selepas empat tahun berkahwin pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber | AA

CATEGORIES

COMMENTS