Panas! Sajat dedah anu dan buah dadanya diraba pegawai agama

Panas! Sajat dedah anu dan buah dadanya diraba pegawai agama

Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang diberi suaka di Australia mendakwa diraba pihak berkuasa agama ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada Januari lalu.

Dalam temu bual dengan New York Times, Nur Sajat berkata kejadian itu disaksikan ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan oleh seseorang yang sepatutnya alim.

“Dia dimaklumkan, tidak mengapa kerana Nur Sajat lelaki.

“Mereka melihat tidak salah menyentuh bahagian sulit dan dada saya kerana menganggap saya lelaki,” katanya menurut laporan FMT.

“Mereka tidak melayan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan.”

Sajat membuat laporan polis selepas kejadian itu, dan beberapa hari selepas itu pihak berkuasa berkata seorang pegawai penguat kuasa agama telah dipanggil memberi keterangan, katanya.

Menurut Sajat, kejadian itu berlaku Januari lalu ketika dia dipanggil ke Jabatan Agama, di mana dia dan beberapa anggota keluarga serta rakan telah menemui pegawai-pegawai yang mendakwa menerima aduan awam mengenainya.

CATEGORIES

COMMENTS