PRN Melaka: Pemimpin Umno yakin tetap boleh menang walaupun Pas lari dari perjuangan

PRN Melaka: Pemimpin Umno yakin tetap boleh menang walaupun Pas lari dari perjuangan

Biarpun mungkin berdepan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November nanti, UMNO yakin akan menang dan membentuk kerajaan negeri.

Keyakinan itu disuarakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohammad Ali Mohammad yang menyifatkan UMNO mempunyai kekuatan di negeri tersebut.

Mohammad Ali juga berkata, rakyat Melaka tidak mahu lagi terperangkap dengan janji-janji manis dari Pakatan Harapan (PH).

Selain itu beliau mendakwa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai kekuatan untuk menarik sokongan.

“Daripada pengamatan saya, kita UMNO tidak ada masalah kalau kita bertanding solo menggunakan logo Barisan Nasional, kita yakin boleh menang.

“Cuma mungkin untuk tarik sokongan bangsa lain mungkin kurang tetapi kita yakin dengan kekuatan UMNO kita mampu tawan Melaka untuk kita memerintah semula,” katanya.

Mohamad yang juga dikenali dengan panggilan Cikgu Ali menjelaskan UMNO sukar untuk bekerjasama dengan Bersatu kerana imej pengkhianat yang ada pada pemimpin parti serpihan itu sukar diterima akar umbi UMNO.

Beliau mendakwa akar umbi UMNO amat kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin Bersatu ketika bersama membentuk kerajaan sebelum ini.

“Bila kita lihat Bersatu kita tahu mereka ini pengkhianat, mereka ini pengkhianat kepada UMNO kerana banyak ahli-ahli Parlimen yang keluar dari UMNO untuk bersama Bersatu, mereka mengkhianti UMNO.

“Mana mungkin mereka yang telah mengkhinati UMNO akhirnya kita dukung dan dakap mereka ini dan beri kejayaan kepada mereka.

“Kalau ini berlaku, kita tidak dapat jaga hati ahli-ahli UMNO yang telah terguris di atas perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu,” katanya lagi.

Mohamad juga yakin sekiranya Bersatu bertanding secara sendirian dalam PRN Melaka kali ini, parti itu akan kehilangan deposit.

“Saya yakin kalau Bersatu ini bertanding sendirian di Melaka banyak kawasan yang mereka tandingi akan hilang wang pertaruhan atau wang deposit,” katanya, menurut laporan Astro Awani.

Malah beliau juga yakin akhirnya Bersatu akan menjadi seperti Parti Semangat 46 yang diasaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, yang terkubur namun UMNO terus kekal hingga sekarang.

Mohammad Ali berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan Agenda AWANI yang membincangkan tentang persiapan berdepan PRN Melaka.

CATEGORIES

COMMENTS