Walaupun dicabar, Idris tetap menang besar pemilihan jawatan naib presiden Pas

Walaupun dicabar, Idris tetap menang besar pemilihan jawatan naib presiden Pas

Tiga penyandang naib presiden PAS masing-masing berjaya mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2021-2023 yang diadakan sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu.

Mereka terdiri daripada Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar sekali gus mengenepikan seorang calon pencabar iaitu Mohd Zuhdi Marsuki.

Malaysiakini melaporkan, keputusan itu sekali gus menyaksikan ketiga-tiga mereka mengekalkan status qou sebagai pemimpin kanan PAS.

Terdahulu, bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu turut mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden yang masing-masing disandang Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dimenangi tanpa bertanding.

Sementara itu bagi keputusan pemilihan ahli jawatankuasa PAS Pusat menyaksikan beberapa nama besar tiada dalam senarai pemenang.

Antaranya seperti anggota Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali; anggota Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz; Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan pemimpin PAS Sarawak, Muhtar Zuhaili.

Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada nama-nama tersebut tewas dalam pemilihan atau tidak menyertai pemilihan pada kali ini.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa PAS Pusat bagi sesi 2021-2023:

1) Muhammad Khalil Abdul Hadi

2) Muhammad Sanusi Md Nor

3) Kamaruzaman Mohamad

4) Khairil Nizam Khirudin

5) Riduan Mohd Nor

6) Iskandar Abdul Samad

7) Halimah Ali

8) Mohamad Fadzli Hassan

9) Marzuk Shaary

10) Mohd Nassuruddin Daud

11) Najihatussalehah Ahmad

12) Siti Zailah Mohd Yusof

13) Azman Ibrahim

14) Nasrudin Hassan

15) Amzad Hashim

16) Ali Akbar Gulasan

17) Mahfodz Mohamed

18) Rosli Abdul Jabar

CATEGORIES

COMMENTS