Panas! Pelantikan individu tertentu sebagai Mufti Perak dibantah Ulama Pondok?

Panas! Pelantikan individu tertentu sebagai Mufti Perak dibantah Ulama Pondok?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kami dengan ini, berharap agar Shahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak yang akan dilantik nanti adalah seorang yang:

1. Bermanhaj Aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah mengikut aliran Asya’irah dan Maturidiyah.

2. Bermazhab Fekah Al-Imam Al-Syafi’e.

3. Bertasawuf dengan tasawuf Al-Imam Al-Junaid Al-Baghdadi dan Al-Imam Al-Ghazali.

Inilah yang telah menjadi warisan ulama salaful ummah yang bersambung sanadnya sehingga Sayyidul Anam, Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam.

Kami MENOLAK DAN MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA mana-mana individu dari aliran atau fahaman yang menyimpang dari apa yang telah dinyatakan tersebut seperti dari aliran Syiah, Wahhabi dan sebagainya.

Semoga Allah subhanahu wa ta’ala memelihara dan memberkati bumi Perak Darul Ridzuan beserta Raja Pemerintahnya. Amiin ya Allah.

Sekian.

1. Tuan Guru Hj Sidek bin Noor
Pondok An-Nuur, Beruas

2. Tuan Guru Hj Ahmad Rozaini bin Abdul Rahman
Pondok Akademi Darul Turath Al-Hajari, Lenggong

3. Tuan Guru Hj Yusri bin Abdullah
Pondok Riyadhus Solihin, Sungai Bayor, Selama

4. Tuan Guru Ustaz Hj Nasir bin Aziz Al-Bakri
Pondok Mahabbatul Ummah, Ipoh

5. Tuan Guru Ustaz Syakir bin Nasoha
Pondok An-Nur, Beruas

5 Rabi’ul Thani 1443 H
10 November 2021 M

CATEGORIES

COMMENTS